Isu Semasa

Perlembagaan UMNO Ada Menyebut Tentang Mempertahan & Menjaga Raja

Saya mahu membincangkan tentang peruntukan perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu iaitu UMNO. UMNO dalam Fasal 3 menyatakan Asas dan Tujuan.

Saya fikir ramai sudah tahu apa tujuan parti UMNO ini ditubuhkan tetapi untuk kita melihat sebagai apa yang ada dalam perlembagaan itu sendiri dan saya yakin tidak ramai yang merujuk kepada perlembagaannya.

Walaupun kita tahu, apa itu UMNO kerana umur dan usia UMNO telah begitu banyak dan panjang dan saya fikirkan UMNO ini adalah antara parti politik yang telah memberikan sumbangan kepada negara dalam bentuk pentadbiran.

UMNO adalah parti politik pada Fasal 3 perlembagaan UMNO. UMNO adalah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Dalam 3 Fasal 1, mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berperlembagaan.

Umno mahu menegakkan, mempertahan dan mengembangkan islam sebagai agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. UMNO juga ingin menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang Kebudayaan Melayu.

UMNO mahu mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Jadi, di sini bila melihat Fasal 3 dalam Perlembagaan UMNO ini, jelas menunjukkan bahawa dalam Perlembagaan UMNO telah dimasyhurkan dan telah diisytiharkan bahawa UMNO akan sentiasa mempertahan dan menjaga kedudukan Raja Berperlembagaaan.

Jadi secara umumnya, UMNO telah meletakkan hasrat yang tegas untuk menjaga Raja Berperlembagaan ini tetapi sebagaimana yang kita maklum juga fungsi ataupun maksud ataupun kedudukan Raja Berperlembagaan tidak diperjelaskan sama ada dalam undang-undang ataupun dalam Perlembagaan UMNO itu sendiri.

Jadi, kita perlukan penghayatan yang lebih dan kita harapkan pemimpin dan juga ahli UMNO ini akan terus mengangkat perlembagaan mereka dan juga terus memperincikan tentang jenis ataupun amalan Raja Berperlembagaan yang mereka dukung.

Jadi, Perlembagaan UMNO ini tidak boleh dipersoalkan lagi kerana mempunyai peruntukan yang khusus bagi menjaga kedudukan Raja Berperlembagaan.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button