Pada hujung tahun 2023, kerajaan telah mengenakan denda sebanyak RM 415 juta ke atas 5 syarikat yang disabitkan membentuk kartel penetapan harga ayam. Tindakan kerajaan menyaman syarikat-syarikat ini telah membuktikan kewujudan kartel yang telah sekian lama menjadi dalang penetapan harga ayam di negara ini.
Walaupun harga ayam bersubsidi sebelum November 2023 telah ditetapkan oleh kerajaan, namun, pihak kartel terus memanipulasi harga ayam. Ketibaan bulan Ramadhan pada setiap tahun menyaksikan kekurangan daging ayam, serta kenaikan harga yang tidak munasabah untuk bahan berkenaan.
Seterusnya apabila menerima tekanan dari masyarakat awam dan kerajaan, pihak kartel menghentikan pengeluaran daging ayam, dengan menyatakan bahawa cuaca terlalu panas dan ayam enggan makan lalu menjejaskan tumbesaran haiwan tersebut. Selagi mana ayam daging tidak mencapai saiz yang dikehendaki ianya tidak akan disembelih.
Tindakan ini telah mengakibatkan ketandusan daging ayam di dalam pasaran lalu memacu kenaikan harga yang tidak munasabah.
Harga telur ayam juga dimanipulasi oleh kartel yang sama. Secara umumnya, kenaikan harga produk berasaskan ayam memberi kesan yang ketara kepada masyarakat majoriti negara ini yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Perkara ini pula secara sengaja kebetulan dengan bulan Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bukan itu sahaja, pada tahun 2021 negara kita telah mengimport makanan bernilai RM 78 bilion dari serata dunia. Makanan ini juga seringkali dikawal oleh kartel-kartel tertentu. Sebagai contoh, terdapat kartel gula yang dikawal oleh seseorang yang boleh dikatakan menjadi “raja gula” di negara ini, begitu juga dengan import sayur-sayuran import, daging, susu, tepung, ikan, dan macam-macam lagi.
Harga makanan ruji di negara kita juga setanding harganya berbanding negara Barat, walaupun gaji minima di negara mereka jauh lebih tinggi. Sebagai contoh, harga seliter susu di United Kingdom adalah £1 bersamaan RM 5.96, manakala di negara kita pula harganya adalah sama.
Gaji minima di Malaysia adalah RM1,500 manakala di UK pula adalah £1,730 bersamaan RM10,310. Perbezaan ini sendiri mewujudkan banyak persoalan, bagaimanakah harga barangan sama, tetapi gaji sungguh berbeza?
Baca juga>> Tentera Melayu Bantu Sultan Muhammad Al-Fateh?
Tepung di UK dijual dengan harga £0.50 sekilo bersamaan RM2.98, di Malaysia pula harga untuk tepung pelbagai guna tanpa subsidi juga adalah sama, bahkan boleh mencecah RM3.50/kg.
Ini hanyalah dua bahan yang dibandingkan. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa, harga durian jua mahal di UK berbanding di Malaysia. Itu sudah pasti, persoalannya di sini adakah pekerja di sana di bayar gaji yang sama seperti pekerja di sini?
Mengapakah harga bahan keperluan harian boleh menjadi setanding di UK dan di Malaysia? Keluasan Pulau mereka adalah hampir 3/4 dariapda keluasan negara kita, namun mereka dapat menghasilkan secara purata 75% bahan makanan keperluan, manakala penduduk mereka hampir dua kali ganda lebih ramai iaitu, 60 juta orang.
Adakah rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa tidak berdaya saing untuk bertani atau menternak haiwan demi mencukupkan keperluan dalam negara?
Adakah penyertaan di dalam bidang ternakan dan pertanian juga dikawal ketat oleh kartel-kartel yang berkepentingan?
Apakah tahap keuntungan yang dijana oleh kartel? Adakah kerajaan tidak mampu untuk mengekang kartel makanan? Ataupun sekadar enggan mengambil tahu tentang keperitan rakyat.
Segala masalah dan perit jerih yang dihadapi oleh rakyat di negara ini, paling banyak dirasai oleh orang Melayu sebab, kaum Melayu adalah majoriti di negara ini. Mungkinkah kartel menjadikan harga barangan sebagai senjata untuk mengawal kemaraan umat Islam dan Bangsa Melayu di negara ini dengan mengenakan tekanan hidup yang bersangatan dari aspek ekonomi, sehingga Bangsa Melayu tidak mampu keluar dari belenggu kemiskinan, hanya kerana ingin mengisi perut mereka yang lapar?
Kaum yang fakir adalah kaum yang lemah, mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan mereka yang berduit.