Sejarah

Peristiwa Parang Terbang 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 adalah suatu peristiwa berdarah di Malaysia yang melibatkan perusuhan antara dua kaum terbesar pada ketika itu iaitu kaum Melayu dan Cina. Peristiwa menyayat hati telah mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di dalam negara.

Hal ini berlaku kerana terjadinya perarakan berbaur hasutan hasil daripada kemenangan pihak pembangkang yang memperoleh kemenangan dalam Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969. Parti Perikatan pula gagal memperoleh majoriti 2/3 di Parlimen meskipun mereka berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.

Dalam perarakan kemenangan tersebut orang Cina telah mencabar orang Melayu dengan melaungkan slogan yang menghina orang Melayu. Hal ini telah mencetuskan kemarahan dan kebangkitan orang Melayu sehingga munculnya kehebatan Tentera Selempang Merah.

Kumpulan ini diketuai Hj Mohd Salleh bin Abdul Karim yang turut dikenali sebagai Kiyai Salleh Selempang Merah. Mereka ini terdiri daripada anggota silat hebat yang bertapak di Muar dan Batu Pahat, Johor. Beliau bersama 38 orang anggota ini berani menyahut cabaran dalam menentang Parti Komunis Malaya yang bertindak kejam terhadap penduduk awam ketika itu.

Baca juga>> Anak-anak Muda Melayu Kebanggaan Bangsa

Walaupun tentera Selempang Merah ini tidak ramai, ia cukup menggetarkan pihak komunis lebih-lebih lagi setelah mereka melihat parang tentera ini dikatakan mampu terbang mencari mangsanya. Parang ini diceritakan terbang menghunus musuh-musuhnya dengan kuasa ghaib. 

Kejadian ini memalukan pihak komunis walaupun bersenjata lengkap mereka tetap berjaya ditewaskan oleh kekuatan orang Melayu yang menggunakan alatan tradisional sahaja. Semangat dan jati diri orang Melayu yang tidak akan membiarkan diri mereka ditindas di tanah air sendiri telah membuktikan tiada apa yang mustahil jika adanya kekuatan dan kebergantungan kita terhadap Allah dalam mencapai sesuatu. 

Kerana keberanian pejuang Melayu inilah pihak musuh berjaya dibenamkan dan impian mereka untuk menguasai Tanah Melayu berakhir begitu sahaja.

Semoga dengan kehebatan Tentera Selempang Merah dalam menguasai ilmu persilatan batin ini menjadi peringatan dan terus memberi inspirasi pada orang Melayu untuk memelihara kedaulatan tanah air tercinta ini sehingga ke akhir hayat.

Menarik: Korban Raja Melayu Untuk Sebuah Negara.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker