Salah satu dari sejarah hitam yang pernah wujud di Negeri Selangor adalah peristiwa Lukut Massacre. Melibatkan komuniti Melayu Bugis dan pelombong bijih timah Cina dari Melaka.
Lukut dan Linggi pada masa dahulu adalah sebahagian dari daerah Selangor sebelum diubah pemilikan kepada Negeri Sembilan untuk menjadi Port Dickson pada 1888.
Pada tahun 1824, pembesar Lukut bernama Raja Busu (anakanda kepada Sultan Selangor ke-3 iaitu Sultan Muhammad yang memerintah Selangor dari tahun 1826-1857) telah membuka kawasan perlombongan bijih timah di Lukut dan menjemput pelombong-pelombong Cina dari Melaka untuk mengusahakannya.
Namun, harapkan pagar, pagar makan padi. Peristiwa berdarah telah dipicu pada tahun 1834 di mana pelombong-pelombong bijih timah Cina berasa tidak berpuas hati ke atas kenaikkan takrif cukai yang dikenakan oleh Raja Busu.
Sebanyak 400 orang Cina telah berkumpul pada waktu sebelum Subuh di luar istana Raja Busu dan bertindak membakar istana tersebut.
Kediaman-kediaman orang Melayu di sekeliling yang rata-rata juga kerabat Raja Busu juga terkena tempiasnya. Raja Busu berserta anak dan isterinya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.
Hasil kerugian termasuk rompakan sesudah kejadian dianggarkan bernilai 3,500 pound. Mendengarkan berita pembunuhan Raja Busu dan keluarganya yang dibunuh dan dicampakkan ke dalam api istananya sendiri.
Orang-orang Melayu di sekitar negeri dan daerah ini telah segera berhimpun dan bersedia untuk menyerang balas Lukut sebagai membalas dendam atas pembunuhan dan kematian seorang anak raja Melayu oleh para pendatang cina di sana.
BACA JUGA: Hanya Orang Melayu Membantah Malayan Union, Buruh Pendatang Cuma Berpeluk Tubuh!
Akibat serangan balas orang-orang Melayu, orang-orang cina yang memberontak tadi segera melarikan diri ke sempadan British Melaka.
Namun mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh orang-orang Melayu yang telah siap sedia mengepung kawasan laluan keluar dari Lukut.
Akibat serangan balas orang-orang melayu yang marah terhadap kebiadapan, kecurangan dan pengkhianatan orang2 Cina yang membunuh Raja Melayu ketika itu.
Ramai orang-orang cina lari memasuki Melaka yang ketika itu dibawah pemerintahan British Melaka untuk berlindung. Oleh kerana itu, terdapatlah nama Lubuk Cina di Melaka, iaitu Lubuk Cina Besar dan Lubuk Cina kecil sempena mengambil nama tempat pelarian-pelarian dari kalangan orang cina yang yang berlindung sebagai pelarian.
BACA JUGA: Tokoh Pertama Temui Bijih Timah Adalah Long Jaafar Namun Ia Direbut Buruh Cina & British!
Akibat dari serangan balas orang-orang melayu ini juga, banyak kampung-kampung dan lombong milik orang cina di Lukut telah ditinggalkan kosong selama bertahun-tahun.
Peristiwa ini dikenali dalam sejarah tanahair sebagai THE LUKUT MASSACRE. Maklumat terperinci peristiwa ini boleh didapati di Muzium Kota Lukut, Lukut (kini sebahagian dari Negeri Sembilan).
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
➡️ KLIK UNTUK SERTAI KOMUNITI DEMI MALAIU DI SINI
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!