Raja-RajaSejarah

Percubaan Untuk Jadikan Tanah Melayu Sebagai Republik Telah Wujud Sebelum Merdeka Lagi

Gerakan antimonarki ini sudah pun wujud sebelum merdeka lagi.

Memang ada gerakan antimonarki ini sekarang dan sudah wujud sejak dahulu lagi.

Malah, gerakan antimonarki ini berjaya menguasai Tanah Melayu seketika.

Kita ada dua situasi gerakan antimonarki ini berjaya.

Pertama sekali berlaku apabila tentera Jepun menyerahkan negara kita kepada pihak Inggeris apabila mereka tewas peperangan.

Apabila pihak Jepun menyerah kalah pada 19 Ogos 1945, maka pihak Inggeris telah mengambil alih jajahan tetapi ada satu waktu yang tidak ada pihak berkuasa Inggeris.

Negara kita telah berlaku kacau-bilau.

Ini yang dikatakan interregional atau antara wilayah.

Ketika ini, pihak Bintang Tiga berkuasa serta bermaharajalela membunuh, menzalimi orang sesuka hati.

Keadaan ini telah dilaporkan dalam pelbagai suratan sejarah dan di sinilah pada hakikatnya (de facto) raja cuba dihapuskan.

Siapakah di sebalik gerakan ini?

Bintang Tiga ataupun Parti Komunis Malaya.

Di sinilah berlakunya permulaan gerakan antimonarki.

Yang kedua, apabila kerajaan Inggeris kembali, maka negara kita telah diasaskan dengan Malayan Union.

Malayan Union ini merupakan satu republik.

Walaupun raja-raja itu mempunyai peranan, tetapi tidak mempunyai kuasa dalam politik ataupun dalam pemerintahan.

Jadi, di sini berlaku situasi yang kita tidak mempunyai raja-raja ataupun monarki.

Ini diakui oleh pihak penjajah bahawa sistem yang tidak beraja ini memang tidak sesuai, tidak boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia.

Jadi, Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah dihidupkan semula pada tahun 1948, 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.

Jadi, ada dua situasi kita tidak mempunyai raja, iaitu pertama sekali, ketika peralihan kuasa daripada Jepun kepada Inggeris dimana Bintang Tiga telah bermaharajalela, telah membuat kezaliman kepada penduduk tempatan dan keduanya apabila Malayan Union ditubuhkan.

Sekarang ini, jika kita lihat gerakan Parti Komunis Malaya telah menyerah kalah ataupun membuat perjanjian damai pada tahun 1989.

Mereka telah menyerah kalah dan tidak mahu melakukan subversif lagi.

Bisikan-bisikan gerakan antimonarki.

Kita bimbang bahawa gerakan antimonarki ini mungkin ada kaitan dengan lipatan sejarah.

Itu yang kita amat risau sekali dan kita dapat lihat gerakan antimonarki ada menyebabkan unsur-unsur subversif.

Oleh itu, kita perlu belajar daripada sejarah.

Untuk keadaan sekarang, apabila kita sudah merdeka dan parti komunis sudah menyerah kalah ataupun mencari perjanjian damai, masih ada lagi gerakan antimonarki.

Siapakah dalang? Wallahuaklam.

Tetapi apa tindak balas yang kita boleh ambil terhadap gerakan ini?

Untuk tahu jawapan ini, sila klik link ini.

Tapi, kalau anda minat nak baca laporan penuh artikel ini yang diambil dari Transkrip 13 – Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta!

Kalau anda lebih suka laporan dalam video format, boleh juga klik link ini, Rahmat Bahagia, Tuhan Kurniakan, Raja Kita Selamat Bertakhta!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button