Sejarah

Perbincangan Majlis Raja-Raja Kali Kedua: Wabak Dan Darurat

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kali pertama dianjurkan pada 25 Oktober 2020.

Dalam perbincangan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Namun untuk perbincangan kali kedua, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadhil Shamsuddin berkata, ia akan melibatkan usaha-usaha memerangi penularan jangkitan wabak Covid-19.

Dalam masa sama, kaedah pelaksanaannnya semasa tempoh darurat juga akan menjadi fokus utama Perbincangan Khas Raja-Raja yang akan diadakan pada 16 Jun 2021 atas perkenan Baginda.

Baca juga Parti Politik Perlu Memelihara Institusi Beraja Bukan Berusaha Buang Dari Perlembagaan Persekutuan

Sehubungan itu tarikh 9 Jun 2021 telah menyaksikan beberapa pemimpin negara yang berada dalam barisan kerajaan serta pembangkang menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Selain daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; serta Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu turut hadir.

Mengikut perkembangan ini, Demi Malaiu mewakili suara bangsa Melayu berharap Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja kali kedua ini memberi khabar gembira untuk bumi bertuah ini.

Semoga dengan adanya perbincangan ini, nasib rakyat di negara ini akan lebih terbela.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru