Isu Semasa

Perarakan Hari Wanita Dengan ‘Bendera Pelangi’ Kembali Hiasi Kuala Lumpur

Lebih kurang 300 individu berjaya berkumpul dalam satu acara siap dengan sepanduk untuk menjayakan perarakan Hari Wanita dengan alasan mahu mendidik orang awam untuk bersetuju dengan idea mereka.

Menurut sumber, perarakan Hari Wanita yang berlangsung dari Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sehingga ke Dataran Merdeka itu bukan sahaja dilaksanakan tanpa permit, malah yang bertempik juga tiada tauliah.

Dalam sepanjang perarakan itu, mereka melaungkan slogan-slogan sensasi yang berharap bahawa akan berlaku perubahan kepada dasar dan undang-undang Malaysia.

Antaranya, gaji sama dengan lelaki, pengakhiran perkahwinan kanak-kanak, dan perlindungan sosial untuk “semua jantina yang tertindas” – yang merupakan sebahagian daripada sembilan tuntutan mereka.

Seramai 30 anggota polis ditugaskan untuk memantau insiden itu dan secara luar biasa, tiada angin, tiada ribut, mereka berjaya tampil di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur dengan beraninya.

Perarakan Hari Wanita ini sedikit sebanyak memberi imej yang buruk kepada slogan Malaysia Madani dan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat berada dalam lingkungan Islamik.

Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan tegas, tidak mustahil jumlah 300 orang boleh meningkat kepada 30,000 orang dan kesemuanya mungkin boleh diimport daripada anak-anak yang mendapat ‘kerakyatan’ baharu.

Tindakan mengibarkan bendera pelangi jelas menunjukkan sikap biadab ke atas Perlembagaan Persekutuan namun sehingga hari ini, individu yang terlibat dalam acara sebegini kekal mahu senyum dan berbahagia.

@demi_malaiu

Alhamdulillah, Perarakan wanita tahun ni dah kurang pasal hak wanita. Apa ni?

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Klik Untuk Sertai Group Demi Malaiu Di Sini

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker