Budaya

Perangai Harimau Malaya Yang Ada Dalam Diri Orang-Orang Melayu!

Harimau Malaya memiliki sikap yang jinak, mudah mesra dan tidak suka mengganggu makhluk yang lain ketika sedang selesa, kenyang atau berhati riang.

Namun sekali tersakiti, cedera atau merasakan berada dalam ancaman yang keterlaluan, harimau Malaysia biasanya akan bertindak luar dari kebiasaan.

Sama seperti perangai segelintir orang-orang Melayu, apabila agama dihina, tanah pusaka bangsa dijual, masih tetap boleh bersabar dan salahkan takdir.

Hanya tunggu masa apabila Melayu hilang negara, maruah diinjak pemaustatin luar, merempat di bumi sendiri, ketika itulah masing-masing baru mahu tunjuk taring.

Namun bahayanya sikap harimau Malaya ini, ketika pembalak datang masuk ke hutan, mereka gemar buat tak endah, hanya seekor dua sahaja berani membaham.

Hujung-hujung, hutan diteroka sehingga habitat asal musnah berganti pembangunan yang tidak memberi sebarang untuk, kecuali mereka yang berkepentingan.

Namun yang membeza haiwan dengan manusia adalah akal serta hati nurani kerana haiwan cuma biasanya mengikuti hati atau naluri.

Dek kerana manusia seperti orang-orang Melayu adanya akal, ambillah semangat berani harimau Malaya, usah diikuti perangai yang gemar selesa kalau tak diancam.

Risau terlalu selesa hingga ancaman datang pun, nak melawan tak mampu, nak selesaikan tak bersedia, akhirnya kecundang. Masih ada masa untuk berubah!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker