Ekonomi

Penyelidik Andaikan Kekurangan Bekalan Makanan Dunia Angkara Chronosphere Weapon

Kini sedang hangat diperkatakan bahawa kekurangan makanan asasi yang berasaskan gandum telah berlaku terutama di Afrika, India dan Amerika Syarikat berikutan kemarau yang bersangatan.

Namun agak aneh kerana kemarau tersebut telah datang sebelum waktu lazimnya.

Keadaan ini telah menyebabkan ketiga-tiga wilayah besar tersebut menghentikan eksport bahan makanan asas tersebut bagi menjaga bekalan negara masing-masing.

Khabarnya Rusia juga telah menghentikan eksport gandum dan minyak bunga matahari demi menjaga bekalan makanan negara.

Indonesia juga dikatakan sedang mengawal eksport minyak kelapa sawit demi mengawal bekalan makanan negara.

Satu persoalan timbul mengenai peristiwa kemarau bersangatan yang hadir diluar musim lazim.

Mungkin inilah yang dimaksudkan sebagai ‘perubahan iklim’ (climate change) sebagaimana yang dicanangkan oleh ahli sains dan pengamal politik.

Jika diperhatikan, keadaan ‘perubahan iklim’ ini juga berlaku di wilayah-wilayah lain dalam bentuk yang berbeza seperti hujan lebat bersangatan, banjir kilat bersangatan, tsunami, ribut bersangatan, gempa bumi dan pergerakan tanah luar biasa dan sebagainya sehingga telah menyebabkan berlakunya kerosakan besar terhadap prasarana dan hasil pertanian.

Para penyelidik dan pemerhati alam sekitar telah membuat andaian bahawa peristiwa ‘perubahan iklim’ tersebut adalah angkara buatan manusia dengan menggunakan alatan canggih bagi mengubah persekitaran semulajadi alam.

Antara alat yang telah dikenalpasti adalah Chronosphere Weapon iaitu sejenis senjata yang boleh merubah iklim bagi tujuan untuk merosakkan prasarana dan hasil pertanian.

Ini adalah sejenis ‘senjata alam’ buatan manusia yang sangat kejam yang dilepaskan tanpa diketahui oleh manusia lain.

Mungkin inilah yang Allah swt firmankan melalui al Quran, Surah al Ruum ayat 41 seperti berikut :

Allah swt berfirman :

“Telah timbul berbagai kerosakan dan balabencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, untuk mereka rasakan sebahagian dari perkara yang telah mereka kerjakan agar mereka tidak mengulangi perlakuan tersebut.” (Ai Quran, Surah al Ruum : 41)

Sebagai umat Islam, kita kena jelas bahawa pemilik tangan-tangan yang membuat kerosakan tersebut adalah sebenarnya musuh kita.

Musuh tersebut ada di mana-mana samaada ia nyata atau tidak nyata dan kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk bertahan dan melawan balik serangan mereka setelah diizinkan.

Firman Allah swt melalui al Quran Surah al Anfaal ayat 60 adalah berkaitan seperti berikut :

Allah swt berfirman :

“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).” (al Quran, Surah al Anfaal : 60)

Jika diperhatikan, makanan asasi yang terbabit diwaktu ini adalah gandum yang tidak begitu membebankan masyarakat di wilayah Asia Tenggara yang rata-rata masyarakatnya mengambil nasi sebagai makanan asasi.

Masyarakat di wilayah Asia Tenggara juga sepatutnya tidak perlu cemas dengan gurauan pihak kapitalisme yang mengatakan perihal kekurangan gandum dan minyak bijiran dari kekacang dan bunga matahari kerana gandum bukan makanan asasi kita dan kita juga masih mengeluarkan minyak kelapa sawit dan tidak begitu berharap dengan minyak bijiran.

Kita tidak perlu cemas jika bekalan gandum berkurangan, kerana kita boleh memilih untuk tidak memakan makanan yang diasaskan dari gandum buat sementara waktu.

Kita boleh gantikan dengan memakan sayuran dan buah-buahan tropika yang masih terdapat dengan banyaknya di pasaran.

Baru-baru ini masyarakat di Malaysia telah digemparkan dengan kekurangan bekaln air bersih berikutan pencemaran sungai oleh bahan beracun.

Berkemungkinan ini juga adalah antara gara-gara tangan manusia yang sentiasa berusaha untuk menyukarkan kehidupan manusia lain.

Maka itu sudah tiba masanya untuk masyarakat Malaysia mempunyai bekalan air mentah sendiri yang disedut dari bumi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan air pusat yang sentiasa terganggu.

Sudah tiba masanya juga rakyat Malaysia melakukan usaha tanaman sendiri bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan makanan di pasaran.

Wallahu Ta’ala Aklam
Mastor Surat, 19.05.2020

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker