Pas Negeri Selangor mengalu-alukan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas kepentingannya untuk menjauhkan umat Islam daripada budaya jahat dan konsep negara sekular lesbian, biseksual dan transgender (LGBT).
Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Ahmad Yunus Hairi, parti itu sentiasa menghormati kemuliaan dan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.
“Penyebaran bahan yang menggalakkan LGBT dan konsep negara sekular seperti komunisme oleh pihak tertentu perlu dilakukan secara tegas oleh kerajaan negara ini”.
Peruntukan kursus latihan dan menambah baik keberkesanan sistem perundangan Syariah kerajaan persekutuan juga amat sesuai untuk memajukan pemerintahan Islam di peringkat persekutuan dan negeri.
Baca Juga >> alhamdulillah-konsert-ejen-pengibar-bendera-pelangi-billie-eilish-sempurna-dilaksanakan
Baca Juga >> kaum-luth-yang-dilaknati-bangga-menjelma-akhir-zaman-sedang-berasimilasi
Kejahatan LGBT dan fahaman komunis berterusan untuk berkembang di negeri Selangor khususnya.
Pas Selangor juga menegaskan bahawa dialog antara agama juga perlu dihidupkan bagi memulihkan semangat toleransi dan mencapai kata sepakat bagi menghalang budaya jahat LGBT dan fahaman komunis daripada terus menular dalam masyarakat negara ini, kata Ahmad Yunus dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam (MKI) ke-69 di Istana Melawati semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin memuji pendirian Perdana Menteri, memuji pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengiktiraf golongan LGBT serta konsep negara sekular.
Baca Juga >>penggunaan-ubat-prep-cegah-hiv-turut-sesuai-digunakan-golongan-lgbt-dr-zaliha
Baginda bertitah jaminan ini tepat pada masanya untuk memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam menegakkan prinsip Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Mengulas lanjut, Ahmad Yunus berkata, PAS dan rakan-rakannya di Selangor komited untuk mendukung budaya politik yang matang dan sejahtera, dan akan terus berusaha untuk memartabatkan Islam dan mengembalikan kehormatan,kemakmuran dan kesejahteraan bagi negeri Selangor khususnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan.
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com