Agama

Pengkhianatan Wahabi Terhadap Umat Islam Dalam Sejarah Manusia

Wahabi atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran yang diasaskan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.

Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924.

Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.

Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, dan Mauritania.

Pengasas

Muhammad bin Abdul Wahab (1701 – 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim.

Buku beliau bertajuk ‘Kitab al Tawhid’. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab.

Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya.

Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah.

Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.

Beliau kononnya mahu memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ibn Taimiyyah.

Fahaman Wahabi di Malaysia

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia belum mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .

Ia adalah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai akidah,fiqh,dan tasawuf.

Namun begitu, Jawatankuasa Fatwa telah melarang penyebaran fahaman wahabi di Malaysia seperti berikut:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-12 Pada Tahun 1985,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 Pada Tahun 1985,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-16 Pada Tahun 1986,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-40 Pada Tahun 1996,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-42 Pada Tahun 1997,
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-44 Pada Tahun 1998,


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) & Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Islam Kebangsaan (JAPPIS).

Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah.

Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam Nabi Muhammad di Madinah kerana terpaksa dan dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

Selain itu, mereka juga

1. Bersekutu dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Utsmaniyyah.

2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab ulama yang tidak sehaluan dengan mereka.

3. Banyak ulama dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka di timur tengah.

4. Memusnahkan sebahagian besar peninggalan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Meratakan maqam al-Baqi’ dan al-Ma’la [makam para isteri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam di Baqi’, Madinah dan Ma’la, Mekah], tempat lahir Sayyidina Abu Bakar dll, dengan hujah tempat tersebut akan membawa kepada syirik.

5. Di Indonesia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah [kerana hukum fiqh mereka yang mudah,ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu].

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker