Isu Semasa

Penggunaan Ubat PrEP Cegah HIV Turut Sesuai Digunakan Golongan LGBT – Dr Zaliha

Penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) nampaknya sesuai untuk digunakan kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) yang mahu melakukan seks.

Hal ini demikian kerana penggunaan ubat PrEP mampu mencegah penularan jangkitan HIV dan ia bukan sahaja khas buat golongan LGBT tetapi turut sesuai untuk beberapa golongan lain.

Penggunaan Ubat PrEP Cegah HIV Turut Sesuai Digunakan Golongan LGBT - Dr Zaliha
Penggunaan Ubat PrEP Cegah HIV Turut Sesuai Digunakan Golongan LGBT – Dr Zaliha

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, Kementerian Kesihatan akan melakukan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP di beberapa hospital.

Selain menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV, projek rintis itu perlu dilaksanakan sebelum ubat berkenaan diperakukan oleh kementeriannya bagi kegunaan awam.

“Penggunaannya telah dikaji. Kita telah bincang dengan pakar-pakar agama untuk tahu dari sudut hukum dan sebagainya dan kalau lihat penggunaannya, bukan hanya kepada golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).

“Tetapi ada beberapa lagi golongan lain yang akan menggunakan untuk hasil lebih baik supaya kita dapat menyekat penularan HIV,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pengoperasian Pusat Jantung Hospital Serdang, baru-baru ini.

Penggunaan ubat PrEP dikatakan berkemampuan mengurangkan risiko jangkitan HIV menerusi seks sebanyak kira-kira 90 peratus apabila diambil mengikut preskripsi yang ditetapkan.

Namun demikian, isu ubat PrEP ini nampaknya tidaklah menimbulkan sebarang tentangan yang maha dahsyat kerana ia bukan berkait dengan parti politik kecintaan mereka.

Sehubungan itu, wajarlah bagi rakyat Malaysia yang tidak menyokong LGBT untuk berkembang di negara ini tanpa kawalan untuk memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengikut agenda WHO.

Hal ini demikian kerana WHO yang diikuti seluruh kementerian kesihatan termasuk Malaysia sedang mempromosikan LGBT secara terbuka dalam mencari kemurkaan Allah SWT dan mengabaikan kisah kaum Sodom dan Gamorah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker