Isu Semasa

Penggunaan Logo Kerajaan Dan Parti Dalam Sumbangan Pendidikan?

Kecoh baru-baru ini gambar replika cek yang memperlihatkan Nga Kor Ming bersama pimpinan DAP menyerahkan replika cek kepada sekolah-sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan di sekitar negeri Perak.

Sebanyak 17 sekolah aliran Cina di Perak dilaporkan menerima sumbangan sebesar RM1.8 juta dari Kementerian Pendidikan itu telah menimbulkan kontroversi.

Rata-rata, rakyat mengecam penggunaan logo kerajaan (Jata Negara) dan parti dalam sumbangan kepada sekolah-sekolah di Perak.

Ramai beranggapan tindakan tersebut tidak mencerminkan semangat Malaysia Madani dan prinsip tata kelola yang di advokasi oleh Perdana Menteri.

Rakyat mendesak agar sumbangan pendidikan dilakukan secara transparan dan bebas dari unsur politik.

Pendekatan yang menggabungkan logo kerajaan dan parti politik dianggap tidak sesuai.

Justeru, pentingnya menjaga kesucian pendidikan dan mengutamakan kualiti pendidikan dan kesejahteraan pelajar tanpa memandang afiliasi politik.

Rakyat memantau perkembangan isu ini dan memastikan pendidikan dan kesejahteraan pelajar tetap menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan negara.

Logo DAP Pada Replika Cek Bukan Isu, Kata Kor Ming

Bagaimanapun, Nga Kor Ming menyifatkan logo parti DAP pada replika cek sumbangan Kerajaan Pusat kepada beberapa buah sekolah bukan isu.

Sebaliknya, beliau berkata, yang penting sekolah berkenaan mendapat manfaat.

“Bukan, yang penting sekolah itu dapat manfaat,” jawab Naib Presiden DAP itu ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jualan Merdeka Usahawan Komuniti Bandar 2023 di KPKT.

Kontroversi timbul apabila rakyat mempersoalkan “tujuan” mengenai Replika cek yang diserahkan kepada sekolah-sekolah terbabit terdapat logo “Rocket” parti DAP diletakkan di sebelah “Jata Negara”?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker