Isu Semasa

Pengantin Melayu Islam Akhir Zaman Ghairah Mulakan Trend Unboxing Pasangan

Dari TikTok ke serata media sosial, itulah bahana apabila membuat kandungan untuk tatapan umum tanpa berfikir kesan baik dan buruknya dengan akal yang dikurniakan Allah SWT.

Menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial bahawa tindakan yang dibuat segelintir pengantin Melayu Islam akhir zaman di TikTok baru-baru ini sangat memalukan.

Biar pun dengan alasan sekadar suka-suka, mereka tanpa segan silu mewujudkan kandungan menjurus ke arah imaginasi nakal sekali gus mencipta ruang maksiat kepada orang lain.

Penolong Pendaftar Nikah dan Cerai Masjid Al-Aula , Hutan Melintang, Perak, Ustaz Khairuddin Mohd. Saman Kati berkata, perkahwinan adalah salah satu syariat Allah SWT.

“Perkahwinan secara sah adalah tuntutan syarak dan bertujuan mencari jalan reda Allah dalam berumah tangga.

“Tetapi jika pada awal lagi perkahwinan sudah dicemari dengan perbuatan seperti mendedahkan segala keaiban diri kepada orang tanpa segan silu, apa nilai sebuah perkahwinan itu?

“Nak kahwin kena lalui pelbagai langkah seperti merisik, bertunang, isi borang, kursus, pohon kelulusan pendaftar nikah dan lain-lain, itu semua buat apa?

“Dah dapat kelulusan, akad sudah sah, yang haram sudah jadi halal.. haram juga yang dicarinya,” ujar Ustaz Khairuddin menerusi akaun Facebook miliknya.

Ustaz Khairuddin berkata demikian mengulas trend unboxing pengantin yang sengaja diwujudkan oleh segelintir pengguna TikTok dan menerima kecaman kerana memiliki maksud yang kurang baik.

Kata Ustaz Khairudin lagi, ada sebab penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadi) sengaja membaca khutbah nikah yang panjang untuk melihat reaksi pengantin baharu.

“Sebab itu ada penolong pendaftar nikah dan cerai (naib kadi) bantai baca khutbah nikah panjang-panjang sebab tengok kelakuan kalian (pengantin).

“Tok naib yang nikahkan pasangan unboxing ini kalau dia tahu anda semua (pasangan pengantin viral) nak buat kerja syaitan itu, awal-awal lagi dia tolak borang kalian semua.

“Jangan sampai nanti tergubal undang-undang dan prosuder yang akan menyusahkan orang lain nak menikah nanti kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tegas Ustaz Khairudin.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker