Budaya

Pendekar Melayu Silam Kuasai Ilmu Khurafat Satu Fitnah Terbesar – Pendekar Mat Ali

Kumpulan manusia yang kosong jiwanya, pernah menuduh para pendekar Melayu silam menguasai ilmu khurafat kononnya untuk mencapai tahap kebatinan yang tinggi.

Sedangkan realitinya, para pendekar Melayu silam ramai yang kukuh berpegang dengan ajaran tauhid, daripada satu Nabi kepada satu Nabi yang lain.

Sehinggalah akhir zaman, Nabi Muhammad SAW datang bersama Islam, menyempurnakan syariat Nabi-Nabi terdahulu yang merendahkan diri kepada Sang Pencipta.

Maka apabila seorang hamba itu mendekatkan diri kepada Allah SWT, sehingga ia sebati dalam nafas, roh, jasad, kata-kata, akal dan fikiran, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Kena pula sesungguhnya manusia ini adalah hamba yang sangat unik penciptaannya, dicipta oleh Allah SWT menerusi Adam AS dan Hawa AS.

Maka apakah sesuatu yang mustahil itu tidak boleh berlaku dengan kekuasaan Allah SWT? Video ini mengupas antara fitnah dalam masyarakat yang sering dilemparkan kepada para pendekar Melayu silam.

Tonton video di bawah

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker