Isu Semasa

Pemimpin harus terpimpin dengan empat kriteria yang luar biasa – Akbal Abdullah

Seseorang yang mahu menjadi pemimpin atau khalifah haruslah terpimpin dengan empat kriteria luar biasa yang merujuk kepada kepimpinan Rasullullah SAW.

Empat kriteria tersebut merangkumi sifat-sifat mulia yang disarankan dalam Islam sebagai cara hidup seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.

Sehubungan itu menurut Pensyarah Kanan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Dr Md Akbal Abdullah, suka atau tidak, seseorang itu harus memiliki sifat siddiq.

Kriteria siddiq menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa kena benar dan membenarkan yang benar serta mempertahankan kebenaran.

“Benar ini dalam konteks memahami agama dan menghayati agama dan mengamalkan seluruh kehidupan beragama.

“Segala persoalan yang muncul dalam aspek kehidupan itu dirujuk kepada agama dan itulah untuk mencari kebenaran dan mempertahankan kebenaran,” katanya.

Md. Akmal berkata demikian ketika menjawab soalan Perbincangan Rakyat Demi Malaiu menerusi tajuk ‘Pemimpin: Terpimpin Oleh Nafsu atau Reda Allah’ secara atas talian.

Kriteria yang kedua adalah amanah. Amanah membolehkan seseorang pemimpin itu merasakan setiap tindak tanduknya akan dipersoalkan dan beliau bertanggungjawab atas semua perkara yang berlaku.

“Amanah ini bagi seorang pemimpin yang curang, dia akan curi amanah itu, dia akan lelong amanah itu. Tetapi bagi pemimpin yang memahami amanah, dia akan mempertahankan amanah itu dengan kuasa kepimpinannya.

“Sesetengah orang akan memegang amanah selagi dia berkuasa. Tetapi apabila berkuasa itulah sebenarnya dia harus amanah.

“Dalam kehidupan biasa, seluruh manusia kena amanah. Amanah kepada diri sendiri, keluarga, jiran, tetapi dalam konteks kepimpinan, amanah ini dijulang kerana ia merupakan intipati sifat kepimpinan dalam agama.

“Kepimpinan agama yang menyokong itu ialah amanah. Jika kita abaikan amanah, maka kita telah abaikan agama. Jadi, bagi saya amanah itu memang satu perkara yang akan ditanya.

Pemimpin biasanya akan diikat lehernya itu untuk dipersoalkan tentang amanah. Sejauh mana Amanah itu sanggup mereka terima dan sejauh mana amanah itu dapat dipertanggunjawabkan.

Maknanya, diselesaikan dan ditunaikan. Bagi pemimpin, amanah itu adalah untuk dipelihara, kesejahteraan jasmani dan rohani, masyarakat yang dipimpin.

Tidak ada amanah yang diambil dan dianggap selain daripada kepentingan beragama dan kepentingan kehidupan biasa.

Bagaimana nilai amanah itu sendiri apabila Saiyyidina Umar r.a memikul beras dan menghantarnya kepada satu keluarga di padang pasir dan letak di bahunya sendiri kerana dia merasakan itu tanggungjawab dan amanahnya.

Ciri yang ketiga ialah tabligh. Tabligh ini ilaah menyampaikan. Menyampaikan kebenaran. Kita sudah ada kebenaran, siddiq, kemudian kita menjulang Amanah, kemudian kita kena sampaikan.

Sampaikan di sini maksudnya sampaikan kebenaran itu. Kebenaran yang ada dalam agama. Kebenaran selain agaman ini adalah batil dan tidak menjadi tanggungjawab kepada pemimpin untuk menyebarkan yang batil.

Pemimpin kena tabligh. Maknanya pemimpin perlu buat satu kerja yang penting iaitu amar maaruf nahi mungkar sepertimana sahabat-sahabat dahulu melakukan kerja-kerja begitu.

Barulah kekuatan agama datang, kekuatan negara datang, kekuatan masyarakat datang, kekuatan Islam akan terdiri kerana pemimpin sendiri melaksanakan amar maaruf nahi munkar.

Ajak manusia kepada kebaikan. Ceritakan kepada mereka tentang kebaikan beragama, kebaikan sifat-sifat mulia dan keyakinan kepada Allah SWT dan bagaimana kehidupan yang diredai itu dalam beragama dan dalam kehidupan manusia sendiri, sebenarnya meredai kehidupan Nabi SAW.

Yang keempat, fathanah, bijaksana. Ini ciri kepimpinan yang mesti ada pada setiap pemimpin. Fathanah ini bijaksana. Kita kena faham, bijaksana menyusun pentadbiran, bijaksana merancang pembangunan, bijaksana memahami kehendak rakyat, bijaksana memahami dan menyebarkan kebaikan, bijaksana dari segi penyampaian dan lebih kepada kebijaksana strategik pemerintahan.

Jika ada masalah, pemimpin perlu faham cara untuk menyelesaikan masalah. Yang banyak bijaksana ini ialah ilmu-ilmu Barat.

Ilmu Barat menyusun kepimpinan. Itu sebenarnya satu daripada empat sifat yang nabi berikan kepada kita. Siddiq, Amanah, Tabligh dan akhir sekali, Fathanah.

Sifat ini yang mesti ada dalam kepimpinan. Jadi bagaimana dengan orang bukan Islam? Orang bukan Islam ambil ciri yang keempat sahaja.

Mereka kupas Fathanah dan akhirnya mereka maju. Kemudian baru ambil sifat Amanah, Siddiq. Tetapi bagi kita keempat-empat ini bergabung.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker