Isu Semasa

Pemerkasaan Bahasa Melayu Gagal, Dasar Pandang Barat Lebih ‘Stailo’ Masih Menebal

Daripada pilihan raya umum (PRU) yang pertama sehingga bakal menjengah ke-15 tidak lama lagi, usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu di Tanah Melayu yang dipanggil Malay-sia masih gagal.

Menyusuri pelbagai kempen gabungan parti politik yang sedang rancak berlangsung ketika ini, baik BN, PN dan PH, masing-masing yang berucap langsung tidak memperjuangkan ‘perkara asas dan remeh’ ini.

Wakil-wakil yang dijemput untuk berucap lebih menyemarakkan menggunakan isu ‘pihak lawan adalah sampah’ dan ‘semua orang wajib mengundi tanda sayang kepada negara’.

Hal ini menimbulkan banyak persoalan kepada pengundi kali pertama (first time voters) bahawa bukankah PRU-15 ini adalah berkait dengan memilih ‘siapa ahli Parlimen yang akan memegang amanah’?

Di Mana Isu Lokaliti Dalam Kempen Jentera Parti?

Dan apabila bercakap tentang ‘siapa ahli Parlimen yang akan memegang amanah’, isu lokaliti yang seharusnya dijadikan tunjang utama dalam kempen langsung tidak dimasukkan dalam agenda.

Pergilah ke mana-mana kempen politik baik BN, PN, PH dan lain-lain serta cuba cari isu lokaliti yang diangkat demi manfaat manusia kerdil yang tiada kuasa dalam Parlimen tersebut.

Peratusannya pasti tersangatlah kecil kerana jentera yang hadir lebih didoktrin tentang permainan dalam Dewan Rakyat jika ketika PRU-15 kelak, yang dipilih bukan daripada kalangan mereka.

Andai kata isu lokaliti tidak begitu penting asalkan jentera yang hadir yakin dan percaya pada gabungan parti yang sedang mereka bersama itu sesuatu yang baik, apa isu nasional yang diangkatnya?

Ramai yang berkongsi pendapat kebanyakan yang diucapkan adalah kes pencuri, 1MDB, kluster mahkamah, potong gaji perdana menteri dan menteri, harga minyak turun, PTPTN dimansuhkan dan sebagainya.

Dalam erti kata lain, jika anda mengikuti kempen PRN Melaka dan Johor, skripnya adalah sama kecuali penontonnya lebih ramai, luas dan besar.

Bercakap tentang isu nasional, kita mengambil contoh pemerkasaan bahasa Melayu untuk diangkat dan dimartabatkan semua pihak, perkara ini langsung tiada dalam agenda kempen.

Cukup bertuah jika dalam mana-mana kempen gabungan parti politik ada yang menyebut:

“Menjelang PRU-15 nanti, kita akan pastikan, ahli Parlimen yang menang daripada gabungan parti kita, antara perkara yang akan dilaksanakan adalah memansuhkan semua bahasa rojak dan memartabatkan bahasa Melayu secara holistik, termasuk budaya dan sejarah dengan harapan, jati diri orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia dapat dipupuk sebagai sebuah negara bangsa. Ini adalah matlamat gabungan parti kita. Sebab itulah tuan-tuan dan puan-puan kena pastikan, kita perlu dapat dan kuasai sekurang-kurangnya 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat nanti, yang ahli Parlimennya, semuanya datang daripada gabungan parti kita. InsyaAllah, apabila sama seteru, kita akan laksanakan dan ia memang bukan kitab suci, bukan manifesto penuh dengan janji namun ucapan dan pergerakan yang dicatat malaikat kiri dan kanan, apakah ia menjadi ibadah atau kemaksiatan dalam perjuangan.”

(NOTA: Petikan ucapan di atas TIDAK PERNAH disebut oleh mana-mana jemputan kempen politik)

Jika ada yang menyebut salah satu perkara seperti ini, beruntunglah rakyat kerdil di Parlimen itu, beruntunglah Dewan Rakyat yang bakal memiliki ahli Parlimen berpandangan jauh.

Bukan apa, sekurang-kurangnya pemaju yang tiada rasa bangga menjadi rakyat Malaysia yang mahu tampil mengangkat bahasa Melayu malu dan sedar diri bahawa mereka menjadi kaya kerana orang-orang di sini.

Pihak Berkuasa Tempatan VS Akta Kerajaan Tempatan 1976

Berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jelas mempunyai kuasa untuk menamakan tempat-tempat awam, sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

Mengambil beberapa contoh pada gambar, apakah Bandar Ainsdale, Planter Haven dan KL East diwujudkan atas tanah persendirian, bukan dalam tanah rizab Melayu atau di luar bidang kuasa PBT?

Jika masih dalam bidang kuasa PBT, apakah meluluskan bahasa asing ini dianggap sebagai sesuatu yang mulia ke atas Tanah Melayu (Malay-sia) yang berdaulat ini?

Hal ini demikian kerana sejak bertahun-tahun sehingga beberapa kali sudah berganti Perdana Menteri dan sebagainya pun, suara rakyat yang kononnya diutamakan langsung tak dibuat endah.

Mungkin kita perlu ahli Parlimen yang berani usulkan perbahasan dalam Dewan Rakyat mengenai pindaan tertentu pada Akta Kerajaan Tempatan 1976 terutamanya pada perkara ‘menamakan tempat-tempat awam?’.

Mungkin boleh ditambah ‘menamakan tempat-tempat awam dengan perkataan yang dianggap tempatan atau watan dan bersesuai dengan imej Malaysia’ atas nasihat dan persetujuan Dewan Negara? Wuallahualam!

JENTIK-JENTIK: Agak-agak ada tak ahli Parlimen yang berani dan bijak untuk bahaskan rang undang-undang mengenai kedudukan bahasa Melayu di Tanah Melayu (Malay-sia) untuk dijadikan sebagai satu jati diri nasional baik untuk manusia, haiwan serta persekitaran kehidupan?

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker