Isu Semasa

Pembukaan Acara Sukan Dunia 2012 & 2022 Jelas Pamerkan Agenda Gila Akhir Zaman!

Mengimbau kembali upacara perasmian sukan dunia seperti Sukan Olimpik London 2012, pembukaannya penuh dengan persembahan yang menakutkan dan boleh mengganggu minda.

Antaranya muncul kelibat susuk tubuh menggunakan sihir, katil-katil hospital dipenuhi pesakit, para doktor dan jururawat yang panik serta sekumpulan monyet hitam berpenyakit.

Paling menarik, terdapat sekumpulan lelaki menarik kurungan besi dan kamera sengaja merakam wajah seorang perempuan China yang sememangnya ditetapkan berada di situ.

Tidak lama kemudian pada 2020, dunia merekodkan kononnya wabak coronavirus (Covid-19) merebak daripada China berpunca daripada sebuah pasar yang sudah bertahun-tahun menjual makanan eksotik.

Timbul pula cerita, Covid-19 adalah sejenis virus yang dicipta daripada dalam makmal dan sengaja disebarkan bermula daripada pasar berkenaan sebagai naratif utama sebagai serangan ke atas China.

Maka, berkurunglah seluruh penduduk dunia akibat wabak ciptaan ini dengan misi mengurangkan populasi manusia dengan jayanya atas nama kesihatan dan penyakit berjangkit.

Kemudian, wabak cacar monyet yang berpunca daripada golongan sejenis yang mengamalkan seks bebas secara kerap pula mula menular sampaikan WHO meminta golongan dilaknat tersebut kurangkan aktiviti seks.

Baru-baru ini seluruh dunia menyaksikan upacara perasmian Sukan Komanwel 2022 di Birmingham dan seperti yang dijangka, pasti akan ada simbol pelik yang akan ditayangkan sebagai mesej agenda utama akan datang.

Tidak lain dan tidak bukan, ia adalah karakter lembu besi merah yang besar dan dikawal sekumpulan manusia yang kononnya bertindak sebagai pengaman namun sebenarnya memberi ancaman yang maha dahsyat.

Senang cerita beginilah.. Sukan Olimpik London 2012 tunjuk apa yang akan berlaku pada 2020, dan ia sudah terbukti terjadi namun untuk Sukan Komanwel 2022, apa pula yang akan berlaku 2030?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker