Inilah yang terjadi kepada keturunan Melayu-Champa yang dihalau dari tanahnya pada abad ke-18, yang kini berada di China.
Suku bangsa Utsul, merupakan keturunan Melayu-Champa yang dulunya mendiami Vietnam sebelum ditindas oleh bangsa Dai Viet
Asalnya, Kerajaan Melayu-Champa telah wujud sebelum abad pertama Masihi dan sebanyak 16 kerajaan yang telah mentadbir wilayah ini.
Kerajaan Melayu-Champa ini telah bertahan selama lebih daripada beribu tahun dan telah bertahan sehingga tahun 1880-an.
Selepas kemunculan kerajaan An Nam atau dikenali juga sebagai Dai Viet, kerajaan yang muncul daripada selatan China telah menjajah kerajaan Melayu ini.
Rakyat kerajaan Champa ini terpaksa menjadi rakyat tahanan Dai Viet, Raja Po Con, raja Muslim terakhir kerajaan Melayu-Champa diturunkan takhta & mencari pelindungan di Cambodia
Kini orang-orang Utsul yang berketurunan Melayu Champa ini dah hilang identiti diri mereka kerana dipaksa berasimilasi dengan budaya setempat.
Sesetengah daripada mereka telah berhijrah ke Cambodia dan sesetengah mereka pula mendiami wilayah selatan China.
Hanya orang-orang generasi dahulu sahaja yang boleh berbahasa Melayu dan generasi baru hanya boleh bertutur bahasa negara mereka sahaja.
Namun, apa yang lebih menyedihkan, kerajaan di China ini cuba nak menghapuskan etnik ini dengan menggunakan tindakan undang-undang ke atas mereka seperti yang terjadi kepada orang-orang Uyghur.
Perkara ini bukanlah suatu yang baru terjadi pada zaman ini kerana percubaan untuk melenyapkan orang Melayu ini memang sudah lama dijalankan sejak daripada dulu lagi.
Salah satu sebabnya adalah kerana orang Melayu daripada dulu lagi adalah penjaga agama Islam di wilayah Nusantara ini.
Rancangan mereka sebenarnya adalah untuk menghapuskan agama Islam dan pengikut-pengikut mereka. Jadi, oleh kerana orang Melayu ini sudah pun menjadi antara bangsa terawal yang mengikut agama Islam, orang Melayu dianggap sebagai salah satu musuh mereka.
Tapi, persoalan yang mungkin boleh dipersoalkan disini, mungkinkah orang Melayu termasuk dalam The 10 tribes yang hilang?