Umum mengetahui filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 serentak di seluruh pawagam dalam negara.
Bagi menunjukkan tanda sokongan, Demi Malaiu dengan gabungan pelbagai NGO menganjurkan Misi Sepanggung Berbusana pada tarikh tersebut.
Usaha ini juga mendapat reaksi positif Studio Kembara dan pada tarikh tersebut (23 Jun 2022), selain objektifnya menonton wayang, peminat boleh bertemu dengan barisan pelakon yang hebat.
Antara pelakon yang hadir dalam program ini di GSC Allamanda, Putrajaya adalah Beto Kushairy, Johan As’ari, Yayan Ruhiyan serta Fattah Amin.
Berikut adalah tentatif perancangan program yang merangkumi Misi Sepanggung Berbusana:
Sekiranya anda memiliki busana Melayu lengkap dan berminat menjayakan misi ini bersama, pendaftaran dan pembelian tiket RM19.50 seorang boleh terus dibuat melalui urusetia Demi Malaiu (klik pada tulisan).