Isu Semasa

Pelampau DAP Gesa PM Buang Penjawat Awam Melayu ?

Adun DAP Kembali Galak Keluar Kenyataan Provokasi

Sewaktu orang Melayu masih cuba menghadam istilah Madani dan gigih digembirakan mengenai menu rahmah sehingga ada yang bergaduh sesama sendiri di media sosial mempertikai dan mempertahankan soal hidangan makan minum murah dan sedap. Ketika itu jugalah, Adun-adun di kalangan DAP kembali galak membuat kenyataan provokasi selepas membuat pelbagai perancangan rapi untuk menggerakkan agenda mereka disebalik Kerajaan Perpaduan hari ini.

Isu yang kedengaran semula ialah isu perkauman, isu Islamophobia, isu hak sama rata dengan bumiputera terutamanya berkaitan orang Melayu. Tinggal lagi isu Raja-raja saja yang belum berkumandang semula, mungkin ditahan seketika. Jangan lupa, itu juga termasuk dalam target utama mereka untuk menguasai sepenuhnya negara ini bagi merealisasikan negara republik.

Seperti biasa, setelah lama menyepi dan menahan diri kini tiba-tiba muncul serentak suara-suara DAP dan semakin berani menunjukkan taring 22 bulan mereka yang agak lama disimpan termasuklah terbaru Ramasamy yang sinonim dengan LTTE itu tampil menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam mungkin supaya dapat dimonopoli oleh semua kaum India dan Cina sahaja selepas ini.

Ramasamy dalam kenyataan beliau berkata, selain meminta PM untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu di mana dasar itu menurut beliau dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan alasan bahawa hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Mereka kelihatan seolah-olah cuba melaga-lagakan antara kaum demi menimbulkan kemarahan awam dan itu juga termasuk dalam strategi percaturan licik mereka. Ini kerana, dakwaannya, hujah berkenaan digunakan Tun Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. Selain mendakwa terdapat dasar “mengimbangi” penguasaan ekonomi bangsa Cina dengan membawa masuk pelabur asing, serta melalui pertumbuhan syarikat berkaitan kerajaan.

Tidak Masuk Akal Perkhidmatan Awam Kekal Ditangan Orang Melayu – Ramasamy

Memandangkan, kepelbagaian ekonomi dari segi pemilikan dan kawalan, adalah tidak masuk akal untuk memastikan perkhidmatan awam kekal sepenuhnya di tangan orang Melayu. “Dasar perkauman sebegini tidak boleh dipertahankan lagi, bukan ketika Kerajaan Perpaduan berkuasa,” katanya dalam Facebook beliau, semalam.

Sebenarnya, yang tidak boleh dikekalkan lagi ialah kerusi dia (Ramasamy) sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 11 atau lebih tepat Kewargarganeraannya yang sepatutnya digantung atau tidak disambung dan lebih tepat perlu ditamat sahaja.

Beliau bukan sahaja pernah terpalit dengan gerakan LTTE sebelum ini tetapi menjadi antara pemimpin DAP yang paling biadap dan sering kali cuba menjadi pemain utama dalam isu sentimen perkauman untuk menekan emosi rakyat Malaysia dengan tujuan untuk memecah belah.

Pihak Berkuasa Tak Berani Ambil Tindakan Sikap Rasis Ramasamy?

Mengapa pihak berkuasa tidak ada yang berani untuk mengambil sebarang tindakan kepada beliau yang sangat jelas bersikap rasis. Apakah dia terlalu kebal dengan undang-undang?

Sedangkan, jika nak dibandingkan dengan Hanis Nadiah Onn Pemain Hoki Kebangsaan yang telah “digantung” daripada menyertai perlawanan antarabangsa kerana didakwa mengeluarkan komen berbaur perkauman di media sosial. Walaupun, kenyataan Hanis langsung tidak menggunakan perkataan ‘keling’ pun dan ini disokong dan diucapkan oleh pengendali skuad wanita Negeri Sembilan, K Rajan sendiri.

Sebaliknya, ciapan-ciapan Ramasamy yang jelas lebih melampau dan semakin kurang waras tidak pula diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa.

Ramasamy Digesa Lihat Dominasi Sektor Awam Di India

Justeru, kita cadangkan agar Ramasamy cuba pergi ke negara India untuk melihat siapa yang memonopoli penjawat awam kalau bukan bangsa India di sana. Takkanlah orang Cina dan Melayu pula mendominasi  penjawat awam di sana.

Kalau nak lebih jelas cuba pula pergi ke negara China. Lihat di sana dengan mata kepala sendiri, lihat populasi bangsa apa yang mendominasi jabatan kerajaan dan penjawat awam di sana adakah bangsa selain Cina. Berapa ramai pula bangsa India yang menjadi penjawat awam di negara China? Cubalah persoalkan?

Bukankah Populasi Melayu Mengatasi Semua Kaum Di Negara Ini?

Inikan Malaysia, dari namanya saja sudah cukup menjelaskan ini bumi dan negara bangsa Melayu, apa yang peliknya jika orang Melayu yang mendominasi jawatan di dalam kerajaan dan penjawat awam. Bukankah populasi Melayu mengatasi semua kaum di negara ini?

Beliau sepatutnya, galakkan kaum bukan Melayu untuk sertai Perkhidmatan Awam khasnya tidak kiralah jawatan gaji rendah seperti anggota Polis, Tentera, Marin, Jururawat, Bomba dan sebagainya. Persoalkan juga mengapa kaum sendiri tidak sertai semua jabatan perkhidmatan awam yang lain?

Orang Melayu selama ini, menjalankan tugas menjaga negara siang dan malam berbanding mereka yang lebih banyak makan tidur dan berhibur dari bekerja, kerja pula nak semua yang senang saja. Semuanya nak jadi Doktor, Peguam saja, itulah masalahnya.

Sepatutnya, sebagai antara pemimpin yang senior beliau seharusnya menggesa semua kaum terutamanya anak muda untuk terus bersama bersatu-padu, bersatu hati majukan dan menjaga keselamatan negara walaupun berjawatan rendah, bukan hanya mahu kerja gaji besar dan berpangkat tinggi saja. Bukan hanya tahu membuat masalah dan menyusahkan kaum lain saja.

Pecahan Peratusan Penduduk Warganegara Malaysia Mengikut Kumpulan Etnik

Setakat ini, secara keseluruhan bagi tahun 2022 jumlah anggaran penduduk Malaysia mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah mencapai 32.2 juta orang. Tetapi, jika diperincikan statistik terkini pecahan bagi peratusan penduduk Warganegara Malaysia mengikut kaum dan kumpulan etnik di Malaysia ialah penduduk bangsa Melayu sebanyak 69.6% kemudian penduduk bangsa Cina sebanyak 22.8% dan penduduk India hanya sebanyak 6.6% serta lain-lain kaum sebanyak 0.7 %.

Melihat statitik ini sahaja sudah membuktikan bahawa propaganda yang cuba di bawa oleh Ramasamy langsung tidak ada logiknya, tidak lain hanya untuk mencetuskan huru-hara antara kaum sahaja.

Takkanlah, penduduk yang hanya mempunyai peratusan populasi kependudukan yang paling rendah akan diletakkan kesemua 6.6 % daripada mereka menjadi penjawat awam walaupun termasuk warga emas dan kanak-kanak sekalipun semata-mata nak dilihat mendominasi.

Maka, daripada peratusan itu berapa sangatlah yang tinggal iaitu mereka yang benar-benar berkelayakkan dan berkualiti untuk menjadi penjawat awam seperti yang cuba dimanipulasi oleh pihak berkenaan.

Hanya Mereka Yang Berkelayakan dan Memenuhi Kriteria Akan Berjaya

Bagaimanapun, tidak dinafikan jika mereka yang berkelayakan dan benar-benar berkualiti dan memenuhi segala kriteria yang ditetapkan pasti akan mendapat jawatan yang dipohon melalui SPA tanpa mengira bangsa ataupun agama sekalipun.

Jelas, tidak ada unsur diskriminasi pun di situ, tinggal lagi mereka yang tidak memohon atau lebih tepat memang tidak layak. Selain trend anak muda bukan Melayu dengan kecenderungan memilih pekerjaan bersesuaian dengan gaya hidup bebas antara faktor yang perlu ditekankan juga.

Justeru, daripada beliau giat mencari punca kuasa untuk perbalahan antara kaum bagi merebut jawatan sebagai penjawat awam lebih baik beliau berusaha menggesa semua kaumnya untuk mengisi borang di SPA mengikut prosedur yang ditetapkan. Bersaing saja secara sihat.

Jika memang berkelayakkan dengan jawatan yang dipohon pasti mereka akan berjaya mendapatkan jawatan di dalam sektor awam seperti yang dihajatkan itupun setelah melalui peperiksaan dan tapisan temuduga yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Jelas, tidak ada isu dominasi atau diskriminasi pun untuk bekerja di sektor perkhidmatan awam, tinggal lagi anda hanya perlu memohon dan memenuhi kriteria atau tidak. Tetapi persoalan yang paling penting seorang calon SPA perlu tanya diri sendiri terlebih dahulu sama ada dia layak ke?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker