Setelah berpuluh-puluh tahun pelajar Malaysia didoktrin bahawa perlu memakai tali leher untuk nampak kemas, ideologi barat itu nampaknya sudah boleh dibakul sampahkan.
Lebih-lebih lagi apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mula melonggarkan perkara itu kerana yang penting, pelajar harus ke sekolah untuk menerima ilmu.
Maka apabila bercakap tentang ‘kemas’, ia boleh jadi apa-apa sahaja dan menurut pandangan Islam, menutup aurat itu wajib dan menutut rukun negara, haruslah ia berlandaskan kesopanan dan kesusilaan.
Perkara ini juga seharusnya menjadi peluang buat pereka fesyen dalam negara memartabatkan fesyen rakyatnya dengan falsafah dan pemikiran watan yang lebih professional.
Tidaklah masuk tahun 2025 sekali pun, masih dibayangi pemikiran apa-apa sahaja daripada barat atau tinggalan serta acuan British, itu sesuatu yang sesuai dianggap sebagai tamadun.