Isu Semasa

“Pelajar Harus Pegang Kondom Sebelum Tamat Kelas,” Tindakan Cikgu Dikritik Netizen

Di negara Barat, di negara yang majoritinya orang-orang yang tidak berpegang dengan Islam, baik mereka mahu pun generasi mereka, terpaksa berdepan dengan masalah kerosakan akhlak.

Punyalah tiada agama di hati dan pantang-larang dalam diri, hidup hanya bertuhan nafsu serta keseronokan dunia sementara yang akhirnya membuatkan bangsa sengsara.

Melihat bangsa-bangsa yang tidak beragama ini akan terus rosak, mereka tampilkan pendidikan seks sebagai salah satu pelajarannya dengan niat untuk mencegah.

Maksudnya apa? Hatta ibu bapa pun bodoh tidak tahu bagaimana untuk mengajar anak untuk menundukkan nafsu sampai terpaksa diajar di sekolah sebagai salah satu teras pendidikan.

Berbeza di Tanah Melayu sebelum puak-puak pemikiran sekular dan liberal menyebarkan agendanya di Malaysia, orang-orang dahulu cukup tertib dan penuh tatasusila.

Namun apabila tiba zaman moden, zaman yang jelas sudah memisahkan agama daripada pelajaran, pekerjaaan dan kehidupannya, generasi yang rosak itu berkembang.

Entah apa yang terlintas di fikiran guru-guru hari ini apabila tersangatlah terbuka untuk berkongsi pendidikan seks kepada masyarakat umum menerusi aplikasi TikTok.

Salah satunya, sudah tentulah untuk tontonan yang banyak dan kena pula ia dipandang sebagai kandungan yang unik, memang jauhlah perginya berhari-hari.

Misalnya baru-baru ini, seorang guru mengajar pelajarnya di salah sebuah sekolah di Sarawak untuk memegang kondom dan memasukkannya ke satu alat yang disediakan.

Reaksi pelajar itu teruja ada, malu ada, segan ada namun takkan nak diderhakakan pula sang guru kerana mengajar pendidikan seks namun percayalah, normalisasi sedang berjalan.

Bagi golongan yang lahir pada era 70-an, 80-an, 90-an, walaupun ada yang terlepas satu dua, majoriti generasi kita berjaya mengawal nafsu dan tidak memandang seks sebagai ‘makanan’.

Namun bagi generasi kelahiran era 2000 dan ke atas, mereka bukan sahaja dijajah gadjet dan hiburan lucah dalam media sosial malah ada segelintir pendidik turut sama ‘naik kepala’.

Mereka menggunakan alasan pendidikan seks adalah satu keperluan yang perlu difahami generasi hari ini kerana banyak kerosakan sedang berlaku dan pendidikan seks adalah untuk mengawalnya.

Sedangkan bagi generasi hari ini, mula-mula dicuba untuk biasakan diri memegang kondom, risau lama-kelamaan timbul godaan syaitan, “Kalau kita ‘main’ pun bukannya awak mengandung, kan saya pakai kondom,”.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker