Agama

“Pati Rahsia”: Kitab Tauhid Tersohor di Tanah Melayu berusia 122 tahun

“Pati Rahsia” adalah sebuah kitab langka berusia 122 tahun yang diringkaskan dan diberi nama oleh Tuan Guru Haji Nik ‘Abdullah al-Jambu Fathani.

Nama asal kitab ini ialah Fariidah al-Faraaid fii Ilm al-‘Aqaaid.

Siap di karang pada Isnin waktu dhuha oleh seorang ulama besar dari dunia Melayu yang bermastautin di Makkah pada tanggal 12 Rabi’al-Awwal 1313H bersamaan 1895M.

Beliau bernama Al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa al-Fathani.

Kitab ini telah di rumikan oleh Tuan Guru Haji Wan Muhammad Shaghir bin Wan ‘Abdullah.

Beliau adalah cucu pengarang kitab dari sebelah ibunya iaitu Wan Zainab bin Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain al-Fathani.

Dan diberi judul Faridatul Faraid – Syeikh Ahmad al-Fathani – Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Yang Sejati.

Kitab mahsyur Faridatul Faraid membicarakan ilmu tauhid iaitu ilmu Usuluddin bersandarkan aqidah ahl al-Sunnah wa al-Jamaah sejati berlandaskan metod Imam Abu Hasan al-‘Asy’ari.

Rujukan kitab ini adalah berdasarkan kitab-kitab turath yang dapat dipegang, sama ada dari ulama mu’tabar dunia Melayu mahupun ulama mu’tabar dari Timur Tengah.

Selain itu ia mempunyai pengaruh yang besar di Wilayah Fathani, Kedah dan Kelantan.

Kebanyakkan para ulama atau tuan-tuan guru pondok akan mengajarkan kitab ini untuk silibus tauhid.

Bahkan dikatakan bahwa kitab ini tiada tandingannya dari sudut kemasyhurannya.

Dikatakan bahawa kitab ini mempunyai erti tersirat baik ditinjau dari segi susunan nahwu dan sharafnya mahupun dari segi penafsiran secara bathin atau rahsia.

Sehingga kini, kitab ini dipelajari dan ditekuni oleh penuntut ilmu di pondok-pondok, masjid mahupun surau.

Ini bertujuan menyemarakkan kembali tradisi ilmu berdasarkan kepada turats ulama dunia Melayu di pondok-pondok pengajian di Malaysia.

Walaupun kitab Faridatul Faraid berusia lebih 122 tahun namun ia masih segar, relevan dan terkehadapan untuk dijadikan panduan generasi baru di dalam ilmu aqidah.

Kitab ini sangat istimewa bagi orang yang baru belajar pada ilmu ini.

Bahkan menjadi peringatan bagi orang pertengahan mencari kecemerlangan pada cahaya tauhid dalam membentuk keyakinan dan jati diri mengandungi i’tiqad ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hari ini khazanah kitab turats tulisan ulama alam Melayu ini kembali dicari dan ditekuni oleh generasi muda hari ini.

Alhamdulillah, mereka semakin sedar di dalamnya ada menyimpan rahsia ilmu yang tersurat dan tersirat yang perlu dicari gali buat pedoman sebelum mati.

Ia juga dapat menjadi banteng buat generasi hari ini berhadapan pelbagai ajaran sesat seperti fahaman Liberalisme, Pluralisme dan Wahabi yang sedang berusaha memecah belahkan umat Islam di Malaysia ini.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker