Isu Semasa

Parti Politik Perlu Memelihara Institusi Beraja Bukan Berusaha Buang Dari Perlembagaan Persekutuan

Berlegar persoalan dari rakyat yang ingin tahu apakah tanggungjawab sebenar pemimpin dan parti politik terhadap Institusi Raja-Raja Melayu.

Samada mereka perlu menjaga atau memulau Institusi Diraja atau bagaimana?

Jawapannya mudah, sudah tentu tugas dan tanggungjawab setiap parti politik harus memperjuangkan dan memelihara Institusi Beraja bukan sebaliknya berusaha membuangnya dari Perlembagaan Persekutuan.

Institusi Raja-Raja Melayu ini adalah sebahagian jati diri dan nilai bangsa Malaysia amnya.

Tanah Melayu dan Sistem Beraja ini sudah wujud lama sebelum demokrasi menjajah dan menjarah.

Sampai bila kita nak pakai ‘hundred persen’ sistem yang dibawa masuk British tanpa dikaji dan diubah mengikut acuan jati diri dan akidah kita.

Bila lagi nilai bangsa berdaulat ini mampu diletakkan di tempat yang sepatutnya.

Tidakkah terlihat betapa lemahnya bangsa ini tidak seperti leluhur kita dahulu, terbilang gagah perkasa, berani dan bijaksana.

Bukankah kita ini dari kesatuan titih pusaka keramat yang sepatutnya berevolusi menjadi lebih kuat dari itu?

Ini diakui sendiri oleh Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr.Ridhuan Tee Abdullah yang menjelaskan, perkataan raja dan rakyat itu sendiri sudah sinonim, ia tidak boleh dipisahkan.

Oleh kerana kemunculan parti politik ini agak lewat jika hendak dibandingkan dengan Sistem Raja-Raja Melayu, suka saya katakan ya, sepatutnya mereka menjaga Institusi Raja.

Apabila kita dijajah oleh kuasa barat mereka membawa sistem demokrasi dan ketika itu baru munculnya parti politik ataupun pemimpin politik berasaskan parti.

Sebelum itu mana ada parti politik, kerana sebelum itu alam Melayu ini adalah di bawah pemerintahan Sang Raja.

Kalau kita tengok, apabila perlembagaan dirangka perkataan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sendiri ada disebut di dalam buku perlembagaan kalau tak silap  lebih daripada 450 kali.

Tujuannya, nak cerita betapa besar dan pentingnya peranan Raja yang boleh disimpulkan sebagai, Raja dan rakyat ini berpisah tiada, sebab itulah asal usul negara ini.

Sudah tentu kita harapkan parti politik terutama parti politik Melayu ini terus memelihara Institusi Beraja walaupun ada segelintirnya bila terdesak saja baru acah-acah memartabatkan Institusi Diraja.

Jika tak terdesak mereka buat tak tau saja, sebab itu ada berlaku pindaan perlembagaan dan sebagainya. Merekalah tok dalangnya.

Cuba fokus kepada pemimpin parti di kalangan bukan Melayu, memalukan 64 tahun merdeka masih ramai tidak memahami sejarah asal usul negara dan Perlembagaan Persekutuan sampai nak sebut Ampun Tuanku pun tak tahu. Lagi teruk.

Belum cara nak mengadap, merafak sembah, lagilah kelaut etika protokalnya, apa lagi nak berucap dengan bahasa-bahasa istana. Jangan mimpilah.

Tapi yang pelik bin ajaib bila tiba masanya nak dapatkan anugerah pingat ataupun gelaran bukan main lagi mereka bersungguh-sungguh mempelajarinya. Auto pandai, orang kata. Kuat berlakon.

Sepatutnya, apabila sudah duduk di dalam institusi, belajarlah tatacara dan adab termasuk cara berpakaian dan adat istiadat, tak salah pun bahkan patut dibanggakan.

Sudah sampai masanya, mereka yang tidak mahu memahami dan mematuhi ataupun selama ini menderhaka perlulah belajar menjadi rakyat yang baik. Jangan buat kepala tau mereka saja.

Namun, hal itu masih lagi menjadi tanda tanya kerana belum nampak lagi kesungguhan dan perubahan ke arah itu. Mungkin esok, siapa tahu? Itu Pun kalau esok masih ada.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker