Maklumat dalam Sejarah Melayu dan Sulatus Sulatin mengenai Pengasas Kesultanan Melaka tersebut masih samar dan bercanggah antara satu sama lain.
Mungkin sejarah sebenarnya telah dipadam oleh Inggeris, Portugis dan Belanda.
Kita perlu ingat bahawa sebelum Kerajaan Melaka terbentuk, telah ada kerajaan-kerajaan tua lain di Tanah Melayu iaitu Kerajaan Tanah Merah di Kelantan, Kerajaan Langkasuka di Kedah dan Kerajaan Gangga Negara di Perak.
Lepas itu muncul pula Kerajaan Seriwijaya yang menyatukan kerajaan-kerajaan tersebut.
Kerajaan Seriwijaya meliputi kawasan Asia Tenggara yang luas dan begitu juga kawasan Kerajaan Melaka yang meliputi Pantai Timur Sumatera, Selatan Thailand dan Semenanjung Tanah Melayu.
Berdasarkan kepada persejarahan Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Saya mencadangkan, besar kemungkinan Raja terakhir Kerajaan Seriwijaya adalah Raja Pertama Kerajaan Melaka.
Itu sebab beliau menggunakan gelaran ‘Parameswara’.
Dalam bahasa Sanskrit usul perkataan tersebut adalah ‘parama’ bermaksud ‘agung’.
Maka itu Parameswara bermaksud ‘Penguasa Teragung’ iaitu Ketua Raja bagi kerajaan-kerajaan lain sama seperti sekarang di mana Ketua Raja di beri gelaran ‘Yang Di Pertuan Agung’.
Bagi Raja-raja Melayu terdahulu, nama gelaran perjawatan sering digunakan berbanding nama asal yang diberikan.
Bala tentera Kerajaan Melaka terdiri dari orang dari pelbagai suku kaum di seluruh Alam Melayu.
Ketika mereka tewas di Jawa sewaktu menyerang Kerajaan Majapahit, tentera Melaka telah ditangkap dan dipenjarakan di sebuah pulau di bahagian utara Pulau Jawa.
Orang Jawa menggelar tentera Melaka tersebut dengan panggilan ‘bawean’ (cara sebutan ba-we-an) bermaksud orang yang tidak digemari.
Selepas itu nama ‘bawean’ telah bertukar kepada ‘boyan’ lalu pulau tempat buangan mereka di namakan Pulau Boyan.
Orang Boyan ini adalah dari keturunan pendekar Melaka.
Ramai juga di kalangan mereka yang mendiami Pulau Singgapura.
Mereka tidak mewakili sesuatu suku kaum tetapi gelaran yang diberikan ke atas leluhur mereka yang telah tewas di tangan tentera Majapahit.
Berbalik kepada Ketua Raja Kerajaan Melaka tersebut, Sulatus Sulatin menamakan beliau sebagai Iskandar Syah. Nama ‘syah’ ada kaitan dengan nama orang Parsi.
Oleh itu besar kemungkinan nama tersebut telah diberikan oleh Penguasa Kerajaan Uthmaniah Turki yang berbetulan tempoh kedua-dua kerajaan tersebut adalah sama dan kedua-duanya adalah sama kuat.
Sudah semestinya gabungan antara kedua-dua kerajaan Islam tersebut telah menjadikan orang Islam sangat digeruni di ketika itu.
Menurut Sulatus Sulatin, nama Iskandar adalah bersempena dengan nama Iskandar Zulkarnain iaitu Penakluk Agung terdahulu.
Namun begitu sehingga kini nama yang diberikan oleh ibu bapa kepada Ketua Raja Melaka yang bergelar Parameswara Iskandar Syah tersebut masih dalam pencarian. Wallahu Ta’ala Aklam.
Mastor Surat.
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!