Sejarah

Pantun Kesedaran

Tombak bukan sebarang tombak,

Tombak asal dari seberang,

Hendakku bukan sebarang hendak,

Hendak asal datang menyerang.

Lembah asal sebarang lembah,

Ke mana hendak ku persembah,

Bidalan raja bidalan simbah,

Bukan bidalan hantu simpah.

Rakyat pertiwi daulat perkasa,

Ke mana hendak dibawa tuan hamba?,

Daulat tuhan daulatlah Negara,

Jangan disanggah kalau tidak mahu bertanya.

Datang seri si cantik manis,

Datanglah daulat puteri negara,

Kalau tuan bijak laksana,

Apakah tempat kartanegara?.

Dayangku senandung dayangku intan,

Emas dan berlian bukan sandaran,

Kalau tuan dalam pertikaian,

Kelak datang bala tentera tuhan.

Masih enak dalam buaian,

Ketiduran anak dalam keletihan,

Begitu lena bangsa pilihan,

Masakan tahu apa sandaran.

Kalau menampi jangan layuan,

Kalau menari jangan disumbangkan,

Kalau Melayu enak bergurindaman,

Jangan disalahkan kalau tidak dilayan Tuhan.

Salam sejahtera wahai insan budiman,

Mana asalmu tidak ketahuan,

Budimu jagung dalam tempian,

Tapi dicari ayam jantan.

Salah siulan zaman berzaman,

Tidak aku endah-endahkan,

Tuan puridan tempat jadian,

Kelak merana seluruh badan.

Salam sejahtera wahai tuan,

Sampaikan salam ke atas pahlawan-pahlawan,

Ambillah buah hantaran Tuhan,

Kalau mengelak binasa badan.

Nadia Aziz.

Reset Malaysia@Demi Melayu.

24.03.2021.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button