Sebut sahaja Palestin, pasti terdetik perasaan di sanubari orang Melayu yang mempunyai kasih dan empatinya pada saudara Islamnya yang terpisah jauh. Perjuangan Palestin telah disokong oleh orang Melayu sejak dahulu lagi dengan pelbagai bantuan kewangan sehingga terbinanya Sekolah Quran Malaysia di Gaza. Jalan Malaysia atau Malaysia Street turut di abadikan di Gaza sebagai tanda penghargaan hubungan dua hala Malaysia-Palestin yang tidak pernah putus sehingga kini.
Keakraban dua negara ini sepertinya sudah terjalin sejak zaman dahulu sebelum Masihi. Sebelum Masihi bermaksud tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Palestin dahulu di diami dan diperintah oleh beberapa Nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Berdasarkan kajian hadis dan ulama, bangsa Timur (Melayu) yang wujud kini berasal dari leluhur Nabi Ibrahim yang berkahwin dengan Qaturah/ Keturah/ Kenturah.
Hal tersebut dinyatakan di dalam manuskrip lama yang terdapat di perpustakaan di bawah Al Aqsa yang cuba disembunyi dan dimusnahkan oleh pihak musuh. Pihak musuh ini sedaya upaya ingin memadamkan sejarah ini kerana tidak mahu wasiat ini diketahui oleh orang-orang terutamanya orang Timur yang disebutkan.
Nabi Ibrahim telah berkahwin dengan tiga orang isteri iaitu Siti Hajar, Siti Sarah dan Qaturah. Qaturah merupakan anak kepada raja Kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa yang terletak di Timur.
Menurut perbahasan ulama juga, perkampungan Qaturah turut wujud di Palestin dan ia menggambarkan kewujudan perhubungan Melayu dengan Palestin sejak Sebelum Masihi lagi. Menurut hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Nabi Muhammad SAW bahawa Islam di akhir zaman akan bangkit dari Timur. Walaupun tidak di nyatakan bangsa Melayu secara jelas namun kita berada di jalur Timur yang mungkin terpilih untuk bersama rakyat Palestin dalam membebaskan Al Aqsa suatu hari nanti.
Menurut dapatan kajian Table of Nations (TON) juga, bangsa kuno Canaan/ Kanaan atau di Timur Tengah dikenali sebagai Finiki, yang menurunkan bangsa rumpun Austronesia, Melayu-Polynesia dan Nusantara yang berjalur dari bangsa kecil, Hitties dan seterusnya menurunkan Bani Jawi atau bangsa Melayu yang ada pada hari ini.
Puak bangsa asal Canaan-Hittit yang telah melahirkan bangsa Melayu ini telah di usir dari Palestin setelah penempatan nenek moyang mereka dicerobohi oleh orang Yahudi.Adapun kajian ini masih memerlukan kajian yang lebih mendalam dan data-data yang kukuh bagi menyokong kajian-kajian sedia ada.
Dapatan kajian-kajian ini sangat menarik untuk di jadikan bahan bacaan asal-usul kaum Melayu. Walaupun penemuan dari ulama ini masih belum diputuskan, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk sentiasa mengambil tahu sejarah dan susul galur keturunan kita.
Hal ini kerana dengan mengenali sejarah, kita akan mengetahui apakah kekuatan kita, apakah adat istiadat kita, siapakah musuh kita yang akan menjadi persiapan kepada pertempuran akan datang yang diketuai oleh Imam Mahdi.
Kemungkinan hubungan yang telah terbina dengan Palestin sejak dahulu lagi merupakan salah satu tanda kita merupakan harapan terakhir untuk bangkit memperjuangkan agama Allah.
Baca juga: