Kisah Pak Ibrahim hilang sembilan hari di tanah suci Mekah mendapat perhatian ramai pihak dan masing-masing mendoakan semoga beliau dapat ditemukan kembali.
Menurut Afiz Ayub yang berada di Mekah, kisah bermula apabila namanya dan para sabahat ditagged dalam Facebook dan selalunya pencarian dapat dibuat dalam dua hari sahaja.
Tetapi bagi Afiz Ayub, kisah kali ini agak lama sedikit dan semasa ditemui, rupa-rupanya Pak Ibrahim berada di sebelah mereka sahaja.
Nak jadikan cerita, hari ini jemaah saya checkout untuk pulang ke tanah air di mekkah hotel.
Dalam kesesakan, sahabat saya selaku mutawif kumpulan ustaz Nabil Alkhred lalu di kawasan sebelah hotel Mekkah Tower di sekitar burung merpati untuk ke tempat bus.
Asbab peka dan niat membantu, ustaz nabil nampak kelibat Pak Brahim sedang duduk di tembok situ. Petugas lain pula sedang sibuk menguruskan check in.
Rezeki keadaan Pak Brahim, Allah jaga beliau dengan sangat baik.
Apa yang terjadi kepada Pak Ibrahim?
Pak Ibrahim bertolak untuk mengerjakan umrah bersama emaknya dan ibu saudara pada 26 November lalu dan sepatutnya pulang ke tanah air semalam (9 Disember 2022).
Namun demikian, Pak Ibrahim dikatakan terpisah daripada jemaah yang lain dan keluarga di Malaysia dimaklumkan mengenai kehilangan Pak Ibrahim pada 2 Disember.
Menurut cerita Pak Ibrahim, dia terjatuh dan kepalanya terhantuk dengan penghadang jalan di kawasan tempat yang ada banyak burung merpati pada hari kehilangannya.
Sejurus selepas itu, Pak Ibrahim merasakan dia seperti hilang ingatan sebentar dan langsung tidak ingat apa-apa namun tetap boleh beribadah seperti biasa.
Cuma selepas tiga hari daripada waktu dia kembali tersedar itu, Pak Ibrahim perasan telefon bimbitnya telah kehabisan bateri dan mengambil keputusan menunggu di kawasan banyak burung merpati.
Pak Ibrahim hanya duduk menunggu untuk diselamatkan dan jika mengantuk, Pak Ibrahim hanya tidur berbumbungkan kawasan tempat hentian bas.
Soal makanan dan minuman pula, mutawif yang sempat melihat keadaan Pak Ibrahim memaklumkan memang banyak orang yang memberi sedekah.
Perkongsian Daripada Nabil Alkhred
Saya jumpa Pak Ibrahim yang hilang selama hampir 10 hari,
Kesian tengok dia kehulu kehilir, syukur pak ibrahim sehat, cukup makan,cukup minum,
Saya tanya tido dimana, pak ibrahim jawab dia tido di tempat burung merpati kumpul,
Muka nya ada sikit lebam kerana tersembam di batu, tapi semuanya selamat tiada ada apa apa yang yang cedera teruk,
Syukur *الْحَمْدُ ِللهِ *
Perkara pertama bila jumpa diberi nasi & air, tetapi pak ibrahim tak nak makan sebab terlalu teruja akhir nya ada orang malaysia yang tegur dia, sedih rasa hati ini bila melihat sendiri muka pak ibrahim,
Hari hari dia menangis sambil mencari jemaah nya, name taq travel nya serta beg sentiasa dia pakai tapi tak jumpa juga jemaah malaysia, nak cakap arab tak tahu, jadi pak ibrahim tak putus asa teruskan berjalan, hanya berhenti bila penat, dan tido dimana rasa nak tido,
Bila saya bagitahu ahli keluarganya serta jemaah yang semua dah pulang ke Malaysia, saya cakap pak ibrahim jgn risau pak ibrahim pasti saya serahkan kepada pihak travel untuk uruskan pak ibrahim pulang ke pangkuan keluarga tersayang
Umur pak ibrahim 67 tahun (tak nyayuk lagi dia cakap)
Asal dari langkawi
Terima kasih semua yang tak berhenti henti mendoakan beliau, Setiap langkah pak ibrahim akan di kira pahala insyaAllah
Saya : #mutawwifsempoi
Dari: Abeel Travel & Services