Sejarah

Orang Melayu Takkan Semudahnya Akan Buka Keris, Yang Ditikam Pun Pasti Orang Hebat!

Generasi moden hanya fikir orang Melayu cuma ada keris untuk melawan musuh padahal orang Melayu terdahulu sudah ada bermacam-macam senjata.

Paling kelakar, sampaikan banyak senjata orang Melayu dicuri (dirampas) penjajah, disebabkan terlalu gentar dengan kehebatannya, lalu dipatenkan semula.

Apabila berbicara dengan generasi moden pula, selamba mereka mengherdik, “Tak habis-habis orang Melayu nak ‘claim’ itu-ini. Pandai-pandai sahaja buat cerita!”

Bayangkan ini yang terpacul dari mulut kebanyakan anak Melayu moden yang sudah terpisah daripada warisan, sejarah asal dan teknologi awal orang Melayu.

Padahal Allah sudah kurniakan kepada orang Melayu bakat dan keupayaan mewujudkan tamadun jauh lebih awal sehingga digelar ‘Mother Of Tribes’.

Namun segala fakta ini tidak akan ditemui dalam buku teks sejarah di sekolah mahu pun artifak di muzium dalam negara kerana pelbagai faktor.

Antara faktornya, sejarah ditulis oleh orang yang didoktrin (ikutan penjajah) dan kerajaan semasa tidak bersungguh-sungguh menjulang warisan Melayu.

Akhirnya, ia kekal sebagai cerita dan semakin ramai anak-anak Melayu tidak kenal asal-usul, anggap diri bodoh serta lemah, padahal ada DNA super-hebat.

Sehubungan itu menerusi platform seperti inilah Demi Malaiu akan mengangkat kisah serta rahsia orang Melayu yang hilang untuk direkod semula.

Misalnya seperti perkongsian pengasas dan aktiviti seni silat tari, Pendekar Mat Ali, silat antara warisan yang menggambarkan jati diri utama orang Melayu.

Dalam silat itu sendiri, ada pelbagai etika yang melambangkan cara hidup yang penuh dengan penghormatan di samping melindungi agama dan juga bangsa.

Lebih mengejutkan, pengamal seni bela diri dunia masing-masing bercita-cita mahu menguasai silat sebagai ilmu tertinggi, terlengkap dan terakhir.

Biar pun ia dipandang lekeh oleh anak Melayu moden yang tidak kenal asal-usul diri yang dirahmati Allah SWT, usaha sebegini diharap mampu membuka jalan.

Membuka jalan agar anak Melayu kembali sedar bangsa ini adalah antara bangsa terpilih dan misi menegakkan Islam berada di tangan umat kita sebahagiannya!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker