Isu Semasa

Orang Melayu Selamba Layan Filem Wong Fei Hong, Kenapa Segelintir Non-Malay Melenting?

Sejak berpuluh tahun selepas stesen televisyen tidak lagi berminat untuk menerbitkan drama atau telefilem bercorak persilatan, alam Melayu dan juga jati diri bangsa, banyak generasi moden semakin layu dan lemah.

Namun baru-baru ini, setelah berbelas tahun Studio Kembara cuba menerbitkan filem yang serupa, banyak juga halangan dan berjuta telah terpaksa dileburkan namun kerana tidak putus asa, usaha ketiga berjaya.

Berjaya dengan sangat luar biasa sehinggakan membangkitkan semula aura Melayu yang sudah sepi dalam jiwa bangsa kita dan perkara ini jelas tidak digemari warga bukan Melayu yang menetap di sini.

Sedangkan orang-orang Melayu selama ini selamba sahaja layan filem Ip Man, Wong Fei Hong, Fong Sai Yuk, Jackie Chan, Stephen Chow dan ramai lagi tanpa sebarang rasa fasis, rasis dan atau yang keji.

Cakaplah cerita apa.. drama TVB, saluran 321 Celestial Classic Movies, watak Sun Wukong, Journey To The East, Kung Fu Hustle, Drunken Master, Once Upon A Time In China I, II, II dan banyak lagi? Ramai orang Melayu layan!

Namun mengapa tiba-tiba ada segelintir makhluk non-malay yang bergenerasi mendiami saki baki benua Pentas Sunda yang tersergam nama Malaysia atau Tanah Melayu ini melenting?

Kata segelintir mereka, orang-orang Melayu rasis, fasis dan melampau-lampau. Begitu juga dengan penerbit, pengarah serta penonton filem, masing-masing melampau-lampau.

Soal segelintir mereka lagi, mengapa potraitkan orang-orang dari China sebagai jahat dan kaki komplot dengan British yang jahat dan mengapa tidak potraitkan orang Melayu memiliki sikap serupa.

Tulisan menjatuhkan imej dan jati diri bangsa Melayu yang cuba dipupuk menerusi filem jelas ada di portal MalaysiaKini dan untuk orang Melayu yang ingin datang ke kenduri berjemaah, di sini lorongnya (klik pada perkataan lorongnya).

AWAS! BAHAYA BUDAYA TAKFIR TANPA SEDAR OLEH SESAMA ISLAM

Tonton Siaran Langsung Perbincangan Rakyat Demi Melayu Berkenaan Jenayah Takfir: Punca, Kesan Dan Penyelesaian (Klik Pada Tajuk).

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker