Isu Semasa

Orang Melayu Raikan Orang Bukan Islam Untuk Jaga Agama Islam Dan Institusi Raja

Kalau kita lihat keadaan masa kini, seolah-olahnya orang Melayu yang seharusnya menjadi pelindung kepada agama Islam, tidak mahu lagi menggalas tanggungjawab ini dan mahu memberikannya kepada orang bukan Islam.

Ini adalah kerana, kita seolah-olahnya tidak mahu mempertahankan agama Islam dan hal-hal berkaitan Melayu lagi dengan sengaja atau tidak sengaja mahu melantik orang bukan Islam untuk menjaga perkara-perkara ini.

Walaupun ada yang beranggapan bahawa, orang yang bukan Islam mungkin ‘buat kerja’, adakah mereka bersedia untuk mengendong tanggungjawab yang besar ini seikhlas hati mereka.

Secara logiknya, adakah seseorang manusia itu sanggup mempertahankan perkara yang tidak memberi apa-apa faedah kepada mereka?

Tanya pada diri anda sendiri.

Apa-apa pun, ada satu perkara yang semua rakyat Malaysia perlu titik beratkan, tidak kira kaum dan agama, namun fokus ini orang Melayu perlu lebih difokuskan, iaitu mengenai institusi beraja.

Mengapa? Kerana percubaan untuk menghapuskan institusi ini telah lama berlaku sejak daripada zaman British dan masih lagi diteruskan hingga kini.

Percubaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik merupakan suatu usaha yang masih berjalan dan ‘mereka’ benar-benar mahu merealisasikan angan-angan mereka ini.

Jadi, ada beberapa perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu dan ambil peduli. Ini adalah fakta dari segi sejarah dan sebagai rakyat peribumi mahupun berketurunan imigran, perlu mengakui akan fakta ini.

Sejarah adalah suatu perkara yang tidak boleh diubah, dan ini adalah realiti apa yang telah terjadi sebelum ini.

Jadi, perkara pertama yang semua rakyat Malaysia perlu akui ialah institusi beraja itu ada dalam sejarah.

Kedua, institusi beraja itu kekal dalam sistem sosial, perundangan dan budaya kita.

Ketiga, institusi itu masih relevan, masih lagi dikehendaki dalam sistem kita.

Keempat, kita tahu bahawa sistem ini sudah menjadi sesuatu yang wajib dalam identiti negara. Jadi, simboliknya, apabila kita menyanyikan lagu Negaraku, kita mendoakan supaya raja kita ini sentiasa bertakhta.

Jadi, kita menerima institusi beraja dalam satu identiti, bukan hanya terpakai kepada kaum Melayu sahaja.

Maknanya, komuniti, etnik dan kaum lain juga perlu menerima institusi beraja ini bukan sekadar pada sesuatu senggang masa sahaja.

Formulanya mudah sahaja, jika semua rakyat Malaysia boleh menghormati sejarah negara itu sendiri dan dalam pada masa yang sama kebajikan semua orang dijaga dan dipelihara, maka perkara sebegini tidak akan timbul.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker