Generasi yang cuma belajar sejarah berpandukan buku teks kemudiannya menghafal untuk lulus peperiksaan tidak layak dianggap tahu tentang sejarah asal ketamadunan tanah Melayu.
Mereka hanya layak diklasifikan pandai menghafal dan mempunyai ingatan yang kuat untuk dimuntahkan semula dalam kertas jawapan peperiksaaan tanpa ada keinginan membuat kajian.
Salah satu perkara menarik yang terjadi minggu ini dalam sembang warung kopi adalah majoriti generasi muda hari ini mengatakan senjata Melayu cuma keris dan hanya bangkit dengan senjata British.
Generasi muda tidak diajar dalam buku teks bahawa sebelum British datang bawa senjata yang dihasilkan uruan perniagaan, orang Melayu sudah ada senjata yang tersendiri.
Orang dulu-dulu yang ‘pure’ kehidupannya bersama alam dan berlandaskan Islam memang unik dan genius beratus ribu tahun untuk ‘survive’ sebagai bangsa bertamadun.
Ketika datangnya Portugis, Belanda.. penjajah ini masih belum dapat berbuat apa-apa, namun setelah Laksamana Hang Tuah hilangkan diri, barulah British nampak bak ‘babi liar menyondol’.
Itu pun menurut cerita lisan, Hang Tuah sampai memilih jalan akhir untuk menghilangkan diri apabila bangsa asing mula menyogok duit dan orang Melayu jadi buta dengan kemewahan.
Berbalik kepada kisah orang Melayu genius tanpa harapkan bantuan luar, banyak perkara yang sudah orang Melayu hasilkan dan saki-bakinya ada di muzim negeri dan muzium negara.
Jika bercakap soal persenjataan, orang Melayu awal-awal lagi sudah menghasilkan terakol, rentaka, istinggar, pemuras dan banyak lagi khas untuk tempur jarak jauh.
Namun dek kerana betapa bisanya senjata-senjata ini, penjajah terutamanya golongan Britishlah yang paling ketara mengharamkan penggunaan senjata-senjata ini.
Dalam erti lain, jika nak berperang boleh, tetapi gunalah senjata British dan perkara ini dinamakan sebagai diskriminasi perniagaan dan penafian hak.
Peluang British hanya terbuka apabila mula buat isu, campur tangan dalam pentadbiran dan orang Melayu tunduk serta taat setia kepada raja dan negara.
Bayangkan kalau orang Melayu tiada sifat dan budi pekerti yang tinggi ini, sudah lama tubuh British berkecai di bumi berdaulat ini.
Dan kepada generasi yang lahir daripada golongan imigran kemasukan British, orang-orang Melayu cuma berdiam kerana hormat kuasa raja-raja Melayu.
Jika ada generasi muda yang sengaja mencabar kuasa raja-raja Melayu yang orang Melayu pertahankan mengatasi sempadan politik, masa itu ‘naga benar-benar sedang berapi’!