Ekonomi

Orang Melayu Perlu Bersungguh Sokong Produk Bumiputera Kalau Tak Nak Pupus Nanti

Isu boikot yang masih menular sejak peristiwa berdarah 7 Oktober lalu kini mula menampakkan kesan pada perniagaan-perniagaan besar. Kebangkitan produk-produk lokal khususnya dari pembuatan bumiputera mula mendapat perhatian masyarakat. Di media sosial khususnya para netizen berkongsikan pengalaman dan cadangan pembelian produk bumiputera yang boleh dijadikan alternatif selain produk-produk keluaran antarabangsa.

Industri makanan tempatan paling mendapat sambutan pembelian kerana ia merupakan keperluan seharian seperti jenama Ramly, Hilal, Muiz Chicken, Savannah Coco, Ayam Bismi, GTR Burger dan sebagainya. Berikutan kempen boikot yang telah di jalankan sejak beberapa bulan yang lalu, ini merupakan peluang terbaik bagi produk bumiputera untuk lebih menonjol dan agresif dalam pemasaran kerana kurangnya persaingan daripada produk gergasi jenama luar.

Sokongan yang di berikan kepada produk bumiputera pastinya akan memberi kesan positif kepada sudut sosio ekonomi juga. Dengan sambutan pembelian yang menggalakkan, keperluan pekerja pastinya meningkat dari pelbagai sektor seperti kilang, admin, reseller, dan pekerja gig yang memberi manfaat kepada masyarakat. Penghasilan pendapatan yang tinggi juga dapat dipulangkan kepada negara melalui cukai dan zakat sekaligus menaikkan taraf kehidupan masyarakat kita.

Baca juga>>Beban Hutang Melampau Sekat Rakyat Malaysia Untuk Beli Rumah Dengan Selesa!

 

Berikutan penembusan pasaran yang lebih mudah kepada produk bumiputera pada waktu ini, para pengusaha harus menitikberatkan penyediaan servis dan produk pada tahap terbaik bagi mengekalkan sokongan yang diberikan oleh masyarakat. Kita bimbang jika kempen boikot ini mula kurang menyengat seperti pada permulaannya, masyarakat kembali kepada budaya pembelian yang terdahulu. Jika servis dan kualiti produk bumiputera dikekalkan dan sentiasa ditambah baik, Insya-Allah sokongan daripada rakyat dan kerajaan akan berterusan sekaligus meletakkan produk bumiputera pada pilihan utama.

Kelangsungan sokongan yang diberikan kepada produk bumiputera juga akan memastikan perniagaan masyarakat bumiputera tetap bertahan daripada pupus. Adalah penting setiap dari kita memberi peluang kepada produk-produk bumiputera sekalipun ianya terlihat kecil. Kerana dari sekecil-kecil ini lah yang bakal berkembang menjadi sebuah perniagaan yang besar pada suatu hari nanti hasil perpaduan antara kita semua.

Menarik: SEJARAH KEBOLEHAN EKONOMI BANGSA MELAYU

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker