Mulai hari ini kita perlu membuka mata dan tukar pegangan kita kalau kita tidak mahu terima nasib macam orang Rohingya.
Di halau dan dibunuh di negara sendiri, merempat di negara orang dan menagih simpati kepada siapa yang mahu memberi pertolongan.
Orang Melayu perlu sedar jika tidak mahu perkara ini terjadi dan terima nasib yang sama dengan mereka.
Mengapa?
Kerana jika kita lihat pada perkara yang terang-terangan iaitu tanah rizab Melayu. Dahulu, setengah daripada Malaysia itu adalah tanah rizab tetapi hari ini kurang daripada 5% sahaja yang tinggal.
Tanah yang telah diambil, ganti pun tidak sedangkan jika mengikut undang-undang, ianya perlu digantikan, walaupun kebanyakan Menteri Besar pun semua orang Melayu, tetapi mengapa tidak dibuat?
Orang Melayu hari ini memang juara dalam menggadaikan maruah. Cukup hebat. Tanah rizab ini adalah salah satu contohnya.
Jika orang Melayu tidak sedar dan tidak mahu membuat sesuatu, maka kita tidak mustahil berakhir seperti orang Rohingya dan lama-kelamaan mungkin lebih teruk daripada mereka pula.
Mungkin tidak lama lagi ramai antara kita yang akan bekerja di Indonesia, menjadi pembantu rumah pula di sana.
Apa salahnya kan? Kerana kita pun tidak kesah dengan nasib kita yang tidak mahu membantu diri sendiri.
Jadi, ingin ditekankan bahawa orang Melayu perlu bersungguh-sungguh untuk membela nasib diri mereka dan bagi mana-mana individu yang melakukan rasuah perlu dihukum setimpal, mungkin ditembak seperti di Filipina dan China kerana sudah tidak boleh buat apa-apa?
Malaysia menjadi negara yang paling rendah di dalam senarai negara yang TIDAK mengamalkan rasuah. Amat memalukan.
Jika pergi ke luar negara, hendak mengaku orang Malaysia pun serba-salah.
Kita menguasai budaya yang tidak berintegriti, tidak mempunyai rasa malu, tidak ada pengorbanan, tidak ada hormat, dan sebagainya.
Jadi, kadang-kadang apa yang kita hadapi hari ini memang bertepatan dengan apa yang telah kita lakukan.
Kita pun mungkin tidak layak mendapat keberkatan yang kita patut ada kerana apa yang kita buat sebenarnya selama ini?
Jika kita lihat dari aspek para agamawan, mereka seperti tikus jatuh ke beras. Apabila ada polisi yang tidak ada kena-mengena pula, semua akan dirujuk kepada pakar.
Walhal, kadang-kadang pakar itu pun penjenayah juga. Makanya, kita merujuk kepada penjenayah lah.
Oleh itu, perkara ini perlu digarapkan tenaga, buat sesuatu perkara bersungguh-sungguh bagi mengatasi masalah ini.
Semoga Allah akan membantu kita sekiranya usaha kita itu dilakukan dengan seikhlas hati.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!