Realiti menunjukkan orang-orang Melayu dahulu memang ramai anak berbanding generasi hari ini. Generasi hari ini sukar mendapat zuriat dalam jumlah yang ramai.
Usaha untuk mengurangkan populasi manusia berjalan dengan baik. Tanpa sedar, orang-orang yang berada di Tanah Melayu atau Malaysia juga tidak terlepas daripada termasuk ke dalam perangkap mereka.
Namun dengan itu, satu kajian telah dibuat dan hasil penemuan memberi jawapan kenapa orang-orang Melayu dahulu ramai anak sehingga mampu lengkapkan satu pasukan bola sepak:
1 Bebas daripada sebarang suntikan kimia atas alasan faktor perubatan dan kesihatan
Orang-orang dahulu kalau nak berkhatan sekali pun misalnya, mana ada pakai suntikan bius. Kesannya, kesakitan alami itu akan bertukar menjadi kekuatan kerana ia melatih tisu serta urat untuk mengatasi rasa pedih itu.
Berbanding dengan generasi hari ini, kebanyakan klinik mahu pun hospital mengenakan bius ke atas kanak-kanak lelaki yang ingin berkhatan sekali gu membuatkan mereka rasa lebih selesa.
2 Bebas daripada memakan sumber haiwan yang disuntik seperti ayam yang dijual dalam pasaran
Orang-orang dahulu makan ayam yang diternak sendiri. Kalau bagi makan pun, makanan yang bersifat organik dan tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia.
Hari ini baik ayam mahu pun daging, semua bersaiz besar-besar dan gemuk-gemuk biar pun diternak dalam masa singkat. Tujuannya hanya satu iaitu untuk jualan dan pergiatkan sektor ekonomi, bukan untuk kesihatan.
Kesannya daripada satu generasi kepada satu generasi, penuh toksik dalam badan, dalam darah, dalam DNA dan diperwariskan pula kepada generasi selepasnya.
3 Badan boleh mengeluarkan peluh dengan baik kerana aktiviti pekerjaan dan sebagainya
Orang dulu selama berjemur tengah panas di bawah matahari untuk buat kerja-kerja bertukang, bina kapal, bina rumah atau berkebun dari pagi sampai tengahari sehingga peluh dapat keluar dengan baik.
Masalah yang berlaku kepada generasi hari ini adalah banyak yang sudah ditetapkan untuk bekerja dalam suasana serba tidak elok seperti banyak duduk dan bekerja di dalam penghawa dingin.
Balik kerja pun, tetap duduk lagi dalam kereta, ditambah lagi dengan kesesakan, ramai generasi hari ini kurang masanya untuk bersenam, terutamanya yang bekerja di sektor makan gaji atau 8 pagi hingga 5 petang.
4 Banyak memakan ulam-ulaman yang segar serta bebas semburan kimia atau baja-baja campuran
Orang-orang dahulu kalau nak makan ulam, petik sahaja di terpi-tepi rumah atau sekitar kawasan kejiranan kerana ulam-ulaman ini memang Allah SWT ciptakan untuk tumbuh melata di bumi Tanah Melayu ini.
Cuma kerana datangnya tangan-tangan manusia membuat kerosakan, tanah bertukar simen atau tar dan yang lapang bertukar semua bangunan yang memberi keuntungan kepada pemilik baharunya.
Kesannya, cukup susah untuk orang-orang hari ini menemui ulam yang segar dan masing-masing berpeluang terdedah kepada ulam-ulaman yang disembur kimia untuk nampak ‘segar’ kerana tidak dimakan ulat.
5 Kaedah ambil wuduk yang betul kerana ada bahagian terkait dengan urat kemaluan bagi dapatkan ramai anak
Bagaimana anda mengambil wuduk? Sekadar melalukan air pada bahagian kulit atau membersihkan bahagian tersebut seperti mencuci dan mengurut?
Tahukah ada pada bahagian kaki misalnya, terdapat urat darah yang berkait dengan reproduksi dan ramai generasi hari ini tidak mengurut urat tersebut.
Kalau lihat pada rajah di bawah, point reproduksi terletak pada nombor 23 dan cukup sayang kalau semasa membasuh kaki ketika berwuduk, anda tidak pandai ambil peluang.
Maka hebatnya orang-orang terdahulu, mereka manfaatkan ambil wuduk sambil membersih sambil mengurut segala urat yang berpusat di kaki.
Disebabkan itulah cukup jarang kita dengar orang-orang dahulu sakit-sakit badan atau perlukan khidmat refleksiologi kerana mereka ada ilmu tentang urat yang diperturunkan.
Kerana kurangnya ilmu dan tidak belajar di sekolah, mereka anggap cukuplah ambil air wuduk dengan meratakan bahagian kulit yang wajib terkena air.
Lalu setiap ilmu baharu yang mereka tidak pernah belajar dan cuba jawab semasa peperiksaan dianggap sebagai tahyul, khurafat dan mengarut sedangkan ilmu itu tersangatlah luas!