Pernah dengar puisi Melayu oleh Usman Awang?
Yang dikatakan Orang Arab, Orang Pakistan, Mamak tu Melayu?
Kalau tak pernah sila baca petikan puisi dekat bawah ni.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Daripada petikan puisi Usman Awang ni, mesti ramai yang tertanya-tanya kan, apa maksud puisi ni sebenarnya.
Usman cuba memberitahu masyarakat bahawa orang melayu itu luas maksudnya.
Bukan hanya terfokus kepada suatu bangsa yang ada di Malaysia sahaja.
Malah Melayu itu sebenarnya merangkumi makna yang lebih mendalam dan dari aspek geografi, ianya lebih luas.
Kawasan Alam Melayu
Kalau dilihat peta Alam Melayu, ianya meliputi Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Di Thailand, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok.
Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu.
Di sebelah Utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China.
Termasuk juga Indo-China hinggalah ke Kepulauan Solomon di Selatan.
Dari Barat, ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji.
Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpun Melayu.
Ianya telah menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu.
Maksud Melayu
Melayu bukan bermaksud Islam, mengamalkan adat Melayu, dan bertutur bahasa melayu sahaja.
Ya, memang betul, kalau kita lihat dalam Perlembagaan Malaysia, itulah yang dimaksudkan dengan Melayu.
Namun, sebenarnya, Melayu itu lebih luas lagi. Seorang Melayu tidak semestinya muslim.
Mesti bertutur Bahasa melayu.
Tapi tak semestinya bercakap dalam Bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang Melayu di Malaysia.
Kerana apa? Kerana Bahasa Melayu itu pun ada sebenarnya ada banyak jenis.
Bahasa Jawa itu dianggap Bahasa Melayu.
Bahasa Banjar juga Bahasa Melayu.
Malah Bahasa Melayu itu juga termasuklah Bahasa Tagalog di Filipina dan Bahasa Iban.
Bahasa Melanau pun dikategorikan sebagai Bahasa Melayu
Tapi dialek bahasa-bahasa ni berlainanlah dengan Bahasa Melayu orang Malaysia.
Selain itu, Melayu juga tidak semestinya menganuti agama Islam.
Yang tidak beragama Islam juga adalah Melayu.
Cumanya, apabila kita bercakap dalam konteks Malaysia, orang Melayu itu mestilah Islam.
Kalau Melayu di Malaysia bukan Islam, secara automatiknya individu tersebut bukanlah dianggap Melayu.
Kenapa lain dekat Malaysia?
Kerajaan Malaysia dari dulu lagi cuba kawal orang Melayu Malaysia supaya tak sewenang-wenangnya keluar dari Islam.
Kiranya nak pelihara agama Islam tu sendirilah.
Kalau kita sedar, Islam kan dah bertapak dekat Tanah Melayu ni sejak Kesultanan Melaka lagi.
Malah, ianya mungkin lebih awal lagi dari tu
Ada juga pakar-pakar berteori yang Islam dah ada semasa kerajaan Kedah Tua lagi.
Pakar-pakar ni juga berpendapat Kedah Tua ni kerajaan yang dah wujud lama lagi sebelum Kesultanan Melaka.
Jadi dengan adanya inisiatif mengiktiraf orang Melayu Malaysia mestilah beragama Islam.
Ianya sekali gus dapatlah memelihara maruah Islam itu sendiri.
Jadi mana-mana orang Melayu Malaysia yang nak berbangga-bangga yang dia tu bukan Islam, tunggu je la hak keistimewaan Melayu tu di tarik balik nanti.
Berbalik kepada puisi dekat atas tu, jadinya apa yang dikatakan Usman Awang tu betul sangatlah.
Orang Acheh tu Melayu, Banjar tu pun Melayu, Jawa pun dianggap Melayu, sampai orang Arab, Mamak, Pakistan pun dianggap melayu.
Haa ni macam mana pula?
Dekat Malaysia, ramai kan yang berhijrah dekat sini dan kebanyakannya sebab nak cari nafkah.
Jadi bila lama-lama mereka dah bermastautin dekat Malaysia, orang-orang luar yang berhijrah tadi tu mestilah dah berasimilasi dengan orang Melayu.
Sampai ada yang beranak-pinak dan berjaya bina keturunan mereka dekat Malaysia dengan berkahwin dengan orang Melayu.
Anak-anak mereka pula sudah tentulah mengamalkan budaya Melayu bersama dengan bercampur juga dengan budaya yang bukan melayu.
Mereka mestilah dah pandai bercakap bahasa Melayu, beragama Islam dan sebagainya.
Jadi, itulah istilah orang Arab, orang Pakistan itu Melayu seperti yang cuba disampaikan oleh pemuisi.
Semoga dengan artikel ini, dapat membantu mencerahkan mana-mana yang gelap.
Bukan ketibas ya, hati.
Harapnya ini dapat memberi sedikit sinar di hati. In shaa allah.
Baca pasal manuskrip Melayu yang tak dikaji dan berada di tangan pihak luar!