Sejarah

Neutralkan Cas Elektrik Dalam Tubuh, Punca Orang Terdahulu Gemar Berkaki Ayam!

Jika dilihat rumah orang dulu-dulu adalah sangat sinonim dengan rumput hijau yang tumbuh merata disekitar laman mereka. Berseri sungguh rumah dulu-dulu dengan laman luas penuh rumput-rumput.

Dan jika diperhatikan juga, datuk nenek kita dulu mesti sangat suka berjalan tanpa kasut di sekeliling kawasan laman rumah mereka pada setiap hari. Apakah kebaikan disebaliknya?

Jika anda kenal Allahyarham Tuan Guru Datuk Haron Din, arwah pernah menyarankan perkara sama supaya setiap hari kita luangkan sedikit masa berjalan atas rumput tanpa kasut.

Kata arwah ada kesihatan dan kebaikan disebaliknya. Ia bukan sekadar cakap kosong, tetapi ada fakta disebaliknya yang kukuh untuk dijadikan amalan.

Bumi ini setiap hari iaitu pada setiap minit akan menerima trillion cas negatif melalui panahan petir menyebabkan banyak cas negatif yang terkumpul dalam perut bumi.

Manakala tubuh badan manusia pula banyak terkumpul cas positif melalui aktiviti seharian seperti bermain telefon, menonton televisyen, bermain komputer dan banyak lagi.

Akibat dari aktiviti tersebut darah dalam badan manusia berkumpul menjadi sel yang berketul-ketul dan menjadikan ianya sukar untuk mengalir secara lancar dalam badan.

Maka di sini fungsi sebenar kita disarankan untuk memijak rumput pada setiap hari dalam sekitar 15 minit adalah untuk memecahkan sel-sel darah yang berketul itu tadi.

Ini kerana cas positif dalam badan manusia dan cas negatif dari bumi apabila bercampur ia akan kembali neutral dan menjadikan pergerakan dalam saluran darah menjadi sangat lancar.

Oleh itu, jelas di sini tujuan utamanya adalah untuk memastikan pengaliran darah kita berjalan dengan lancar dan tidak tersumbat dengan cas positif yang terkumpul.

Betapa sangat dekat ciptaan tanah dengan manusia, Allah SAW jadikan tiap sesuatu itu pasti ada kebaikannya. Hanya tinggal kita sahaja untuk manfaatkan dalam kehidupan atau tidak.

Jadi selain dengan ikhtiar ubat-ubatan dan cara moden lain, bolehlah kita selit aktiviti berjalan atas rumput ini untuk kekal sihat setiap hari. Semoga bermanfaat!

Boleh ke link berikut untuk penerangan dalam bentuk video : https://www.facebook.com/demimalaiu/videos/288498756251877

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker