Ribuan rakyat Malaysia dalam negara ini yang tidak mengetahui perihal sebenar menzahirkan rasa simpati apabila membaca sentimen kononnya 55 pelajar tahfiz Akademi Darul Syahadah dihalau.
Baik Pengerusi Akademi Darul Syahadah, Zainul Anuar Abdullah mahu pun Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Rahmatan Lil’ Alamin, Sheikh Dr. Ismail Kasim tidak menjelaskan isu yang sebenar.
Maka ribuan netizen termakan dengan sentimen kononnya pelajar tahfiz Akademi Darul Syahadah hilang tempat tinggal dan memerlukan petempatan baharu selain sumbangan yang besar diperlukan.
Sehubungan itu Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama) menasihati orang ramai agar tidak memberikan sumbangan derma kepada pengurusan Akademi Darul Syahadah yang dipimpin Ismail Kassim yang berpusat di Bachok, Kelantan.
Hal ini demikian di sebalik kisah 55 pelajar tahfiz yang kononnya dihalau, terdapat kisah lain yang orang awam tidak pernah tahu dan bermula hari ini, kebenaran perlu sampai sehingga akar umbi.
Akademi Darul Syahadah dipimpin Ismail Kasim, yang juga bergelar Sheikh Dr Ismail Kasim, seorang individu yang mengajar ilmu shahadah dan zikir nafas.
Pihak berwajib agama di Selangor, Negeri Sembilan, Sabah, Pulau Pinang dan Pahang telah mengeluar fatwa sama ada melarang penyebaran ilmu dan amalan ini atau menganggap ia sesat dan yang mengamal perlu bertaubat.
Berikut adalah sumber fatwa untuk rujukan pihak media:
Selangor : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15472
P. Pinang : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15461
Sabah : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15841
P. Pinang : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15461
Pahang : http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/16174
N. Sembilan : https://muftins.gov.my/ufaqs/ajaran-ilmu-syahadah-dan-zikir-nafas-ismail-bin-kassim-perahmat/
Tapak asal Pondok Tahfiz Akademi Darul Syahadah itu diizinkan dan dipersetujui kegunaannya oleh individu-individu yang berjanji ‘tidak akan bercanggah dengan aqidah dan syariat Ahlul Sunnah Wal Jamaah’.
Persetujuan itu dibuat menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) pada 20 Julai 2016 di antara seorang kenamaan di Kelantan dengan pengerusi Akademi Darul Syahadah bersaksikan Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Rahmatan Lil’ Alamin, Sheikh Dr Ismail Kassim.
Pemilik asal tanah pondok telah dinasihati pihak berwajib agama negeri bahawa pondok beliau telah dan sedang diguna untuk ajaran yang difatwakan oleh lima pihak berwajib agama negeri sebagai sama ada menyeleweng, sesat atau dilarang beramal dan bercanggah dengan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan itu, pemilik asal tanah pondok berkenaan telah mengarah Akademi Darul Syahadah untuk keluar dari tanah berkenaan kerana telah melanggar MoU.
Akibat dari arahan ni, pihak Akademi Darul Syahadah telah menggerakkan kutipan derma di seluruh negara dengan sentimen pemilik tanah menghalau 55 pelajar tahfiz sekali gus ingin membina pusat tahfiz yang baharu di Bera, Pahang.
Pertama bertanggungjawab untuk mendedahkan kaitan Ismail Kasim dan Akademi Darul Syahadah kepada umum disebabkan orang ramai tidak mengetahui maklumat sebenar dan menyumbang derma atas dasar simpati.
Perkara ini perlu diketahui orang awam dan Pertama menasihati agar sumbangan derma tidak dibuat kerana ia boleh dianggap bersubahat membantu penyebaran ajaran dan fahaman yg telah di putuskan bercanggah.
Abdul Kareem Khadaied
Setiausaha Agung Pertubuhan Terakat Muktabar Malaysia (Pertama)