Banyak juga komen-komen dari netizen yang agak kurang senang dengan keputusan JAIS berikutan pembatalan Kuliah Maghrib penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama di negeri itu, baru-baru ini.
“Apa salahnya dibiarkan berjalan lancar majlis ilmu itu kemudian beri ruang kepada UAI mengambil tauliah selesai kuliah itu”- Netizen
“Kamu diberi jawatan untuk memudahkan urusan berkaitan ilmu agama Islam tapi kamu semakin menyekat dan menyusahkan jalan orang untuk menuju kepada Allah. Adakah kamu mahu mengikut contoh kaum kafir”- Netizen
“Sedih padahal boleh saja hantar wakil untuk hadir dan memantau ceramah UAI sehingga selesai”-Netizen
Yang peliknya, apabila ada penganjuran konsert nyanyian dan joget tari menari tak ada pula siapa nak halang. Kenapa JAIS tak halang padahal dah terang-terang bertentangan dengan syariat Islam – Netizen
Kenapa tidak pula diminta tauliah kepada pihak yang menganjur konsert itu. Adakah JAIS lebih rela maksiat berleluasa daripada ilmu Islam disebarkan. – Netizen
Kilang arak yang jelas haram dari dulu beroperasi berpuluh tahun tak ada pula JAIS nak bersungguh arahkan tutup kerana bertentangan dengan syariat Islam, sembang! – Netizen
Harap nak buat konsert & ceramah politik lepas ni kena ada “tauliah” jugak la – Netizen
Konsert sana-sini boleh pula. JAIS ni dah penuh puak WAHABI rasanya – Netizen
Kita tunggu Konsert Blackpink World Tour Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 4 Mac 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Rasanya, waktu tu umat Islam sedang buat persiapan menjelang Ramadhan 23 Mac 2023. Kita lihat nanti pihak agama yang tegas sangat ini timbul atau ghaib. Kerajaan Madani pun jangan diam je, wajib batalkan saja konsert ini. Dan rakyat khususnya umat Islam pun wajib bersuara – Netizen
Kalau diam je, redha je dengan Blackpink takde komen tu maknanya dah sah JAIS sekarang WAHABI dah kongker la!- Netizen
JAIS Batal Kuliah UAI Kerana Tiada Tauliah
Terdahulu, Menerusi sebuah kenyataan media yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan pihaknya telah membatalkan kuliah maghrib penceramah terkenal tanah air, Ustaz Azhar Idrus (UAI) kerana tidak mempunyai tauliah mengajar agama di negeri itu.
Kuliah itu sepatutnya akan berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada Ahad, 26 Februari 2023.
Menurut kenyataan tersebut, “Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Negeri Selangor. Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.”
Mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016, pihak masjid/surau juga tidak dibenarkan menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar, ujar JAIS.
Tauliah Bagus Cuma Jangan Disalah Gunakan – UAI
Selepas isu Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus dibatalkan kerana dikatakan tiada tauliah mengajar oleh pihak JAIS. Jemaah memuat naik semula jawapan Ustaz Azhar Idrus berkaitan tauliah dalam satu hantaran di youtube di mana ada Jemaah bertanya pada Ustaz Azhar Idrus,
Adakah boleh mengajar agama tanpa tauliah dari jabatan agama sedangkan ustaz yang mengajar itu mendalami ilmu agama? Ini Jawab UAI,
Ustaz Azhar Idrus berkata, nak mengajar bukan mesti mendalami tetapi perlu ada ilmu agama. Dalami pun kalau tak faham tak boleh juga.
Maknanya, dia ada ilmu dan ilmu dia benar maka dia boleh mengajar. Tauliah bukan hukum akhirat, bukan hukum agama, dia hukum dunia. Tauliah juga, boleh membantu dengan tujuan untuk mengelakkan daripada orang-orang yang jahil mengajar atau orang yang ilmunya tidak betul mengajar.
Jadi, tauliah ini boleh dipakai cuma jangan disalah guna. Kalau cenderung belah sini tak beri tauliah, dan cenderung sebelah sana, ‘kabel’ boleh tauliah, di sinilah tak betulnya. Asalnya, tauliah memang molek dah. Kalau dah tengok molek dah ustaz tu mengajar betul Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah beri je tauliah tak usah nak buat susah-susah, supaya dia boleh mengajar,” katanya.