Negara sedang berada di persimpangan dan berdepan dengan krisis yang tidak dapat dibayangkan, melibatkan ancaman besar terhadap kesihatan awam (pandemik).
Kemusnahan ekonomi dan ketidakstabilan politik tanpa mempunyai kepimpinan yang jelas menyebabkan rakyat bosan dengan permainan perebutan kuasa yang berterusan.
Pandemik yang dahsyat ini juga telah membunuh ramai orang termasuklah merosakkan atau menjejaskan mata pencarian dan pendapatan berjuta-juta rakyat.
Sedangkan rakyat hanya meminta hak mereka untuk memperolehi pendapatan yang cukup bagi menyara kehidupan keluarga dan diri mereka dalam persekitaran yang positif.
Melihat permasalahan yang belum ada tanda akhirnya, terdapat sekumpulan individu daripada pelbagai latar belakang tampil mencadangkan kerajaan teknokratik.
>>
Dalam satu kenyataan, kumpulan tersebut yang mewakili rakyat Malaysia berpendapat, tidak ada satu pun dalam kalangan ahli politik sedia ada mempunyai gabungan kepakaran dan integriti.
“Apatah lagi kebijaksanaan dan kemampuan yang diperlukan untuk menamatkan pandemik ini dan dengan pantas membaik pulih ekonomi.
“Kami percaya hanya kerajaan teknokratik yang berfikiran bebas mungkin dapat menamatkan wabak dan memulihkan ekonomi kita yang sedang musnah ini,” katanya kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, individu yang perlu ada dalam kerajaan teknokratik haruslah terdiri daripada pakar, bukan ahli politik, berpandangan saintifik dan ditunjangi Perdana Menteri yang bijak.
“Dengan keadaan Parlimen yang tidak stabil, para Kabinet terdiri daripada ahli politik pelbagai parti, hanya akan menimbulkan banyak politik dalaman.
“Dalam mendapatkan kontrak untuk kroni, ia akan mengorbankan kerjasama dan tenaga yang diperlukan bagi menangani pandemik ini dan memulihkan ekonomi,” kata kenyataan itu.
Kumpulan individiu itu turut merayu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan para Sultan agar dapat mendengar keluhan yang dinyatakan.
“Pihak rakyat sedang menderita bagi mencegah ‘ketukan paku terakhir kepada keranda ekonomi kita yang sudah hancur’.
“Sekiranya berpeluang lagi, kami berharap Malaysia dikurniakan Perdana Menteri dengan sifat di atas sekali gus membentuk kerajaan teknokratik yang berprestasi tinggi,” kata kenyataan itu.
Berikut adalah senarai nama individu yang telah menandatangani dan mencadangkan kerajaan teknokratik diwujudkan :
- K.K.Tan, Pakar Strategi Korporat & Politik, Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Sosial, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif MNC & GLC
- Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, Bekas VC Universiti Malaya, Bekas Presiden Universiti Multimedia
- Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Bekas Ketua Pengarah FRIM & Bekas Presiden Persatuan Alam Malaysia
- Tan Sri T.C.Goh, Pemimpin Komuniti Cina, Ahli perniagaan & Bekas Pegawai Kanan Polis
- Tan Sri Ramon Navaratnam, Bekas KSU Kerajaan & Ketua Kumpulan Dasar Think Tank
- Dato’ Hussamuddin Yaacub, Pemilik & Pakar Media, Aktivis Anti Rasuah
- Dato’ Nadzim Johan, Coalition on Integrity of Vaccines & Drugs Against Covid-19 (CIVDAC)
- Brigadier General (Rtd) Dato’ Mohd Arshad Raji, Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT)
- Dato’ Ambiga Sreenevasan, Aktivis Sosial & Bekas Presiden Majlis Peguam
- Prof Dato’ Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Movement for Monetary Justice Malaysia (MMJ)
- Pesuruhjaya Polis (Bersara), Dato’ Asri Yusoff, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
- Pesuruhjaya Polis (Bersara), Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Asian Heritage Museum Group
- Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, Gabungan NGO Islam (GNI)
- Dato’ Samsudin Abu Hassan, Akauntan Bertauliah & Usahawan Korporat
- Dato’ Abdul Manap Abdul Wahab, Pakar Kewangan & Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank
- Prof Dr Mustafa Ali Mohd, Pakar Farmakologi & Bekas Timbalan Dekan Fakulti Perubatan, Univ Malaya
- Prof Suresh Kumar Govind, Bekas Profesor Parasitologi, Univ Malaya
- Dr Vijaendreh Subramanian, Pakar Perunding Obstetrik & Gynae, Presiden Organisasi Perubatan
- Harith Iskander, Pelawak & Pelakon
- Derrick Tan Peng Koon, Pengusaha F&B, Pengendali Pusat Membeli-belah & Bekas Jurubank