Sejarah

Naratif Colonial Knowledge Manipulasi Sejarah Sebenar?

Sejarah Perjanjian Pangkor 20 Januari 1874

Umum perlu mengetahui, Perjanjian Pangkor telah menunjukkan kebijaksanaan raja dan para pembesar Melayu mempertahankan kedaulatan Perak.

Kita sedar, kedatangan kuasa asing dan kapitalis ke Tanah Melayu yang mempunyai pelbagai muslihat dan kekuatan tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, kita juga perlu mengkaji kepintaran dan kebijaksanaan sultan, raja dan para pembesar serta kesetiaan majoriti orang Melayu untuk berhadapan dengan cabaran tersebut.

Waris Amanah Mahaguru Kor AKWAM 181, Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi Bin Hashim @ Wan Husain menjelaskan, melalui Perjanjian itu, calon raja yang mendapat sokongan pembesar diangkat dan Sultan Ismail juga tetap diiktiraf sebagai kompromi. 

Beliau berkata, Perjanjian Pangkor merupakan perjanjian diplomatik dan komitmen antarabangsa yang turut mengiktiraf kedaulatan kesultanan di Tanah Melayu. Perjanjian tersebut walaupun menjadi asas kepada campur tangan British dan pengenalan polisinya melalui sistem nasihat tidaklah bersifat satu pihak.

Menurutnya, Darurat yang lebih besar dapat dihalang melalui pemeteraian Perjanjian Pangkor. Malah, tidak siapa boleh menafikan kemajuan yang turut berlaku dalam proses tersebut.

Baca Juga>>Sundaland: Bagaimanakah Rupa Alam Melayu Jutaan Tahun Dahulu?

 

Jika sekiranya, tiada penyelesaian, pastinya perang saudara akan terus berlaku. Sejarah perebutan takhta yang berakhir sultan mangkat diracun bukanlah suatu yang baharu di Tanah Melayu, malah telah berlaku di mana-mana pun pada zaman itu.

Sejarah Perjanjian Pangkor Sering Dimomokkan Dengan Pembohongan

Perjanjian Pangkor bersifat pemeliharaan kepentingan dua belah pihak seperti termaktub dan Sultan juga tidak wajib mengikuti nasihat pegawai British dalam semua perkara. 

Malangnya, selama ini, sejarah Perjanjian Pangkor sering dimomokkan dengan pembohongan untuk menunjukkan seolah raja, pembesar dan orang Melayu bodoh, mudah ditipu, tidak bertindak mengikut maslahah ketika itu. 

Walhal, banyak pihak tidak mengkaji ‘prinsip mengurangkan darurat’ yang diambil oleh sultan, raja dan pembesar Melayu dalam menangani ancaman kuasa asing yang penuh muslihat dan licik.

Sebaliknya, apa yang ditonjolkan cerdik hanyalah pihak British dan pendatang yang kononnya pandai memanipulasi keadaan ketika itu. Sedangkan, itulah naratif colonial knowledge.

Sebenarnya, terdapat pengecualian dalam terma dan syarat jelas dalam Perjanjian Pangkor yang menyentuh hal ehwal Islam dan adat Melayu. Kedua-duanya adalah local circumstances.

Kedudukan itu, jelas dipertahankan sehingga termaktub dalam peruntukan utama dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Akta Undang-undang Sivil 1956(semakan 1972) turut menjadikan keadaan tempatan sebagai prinsip kehakiman Mahkamah yang perlu dipatuhi oleh pihak berwajib.

Justeru, Kita perlu bebaskan minda daripada dijajah, dan melihat kearifan watan yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita dengan lebih terperinci dan halus.

“Amat Malang jika sehingga ke hari ini pun masih ramai di kalangan Kita yang tetap saja mengikut jejak langkah dan pemesongan fakta oleh British.”

Maka, tak hairanlah jika masih wujudnya segelintir orang Melayu dan bukan Melayu yang lebih British daripada penjajah British itu sendiri.

Buktinya, wujudnya saki baki petualang dalam negara berketurunan kapitalis semasa Perjanjian Pangkor dahulu yang kemudian membentuk kerjasama dengan pengkhianat dari kalangan Melayu dan bukan Melayu hasil didikan British hingga ke hari ini seterusnya bertindak memanipulasi dan mengubah niat sebenar naratif perjanjian tersebut.

Sehingga hari ini pun segelintir mereka inilah merekayasa membentuk koloni golongan rakyat yang tidak setia dan tidak cintakan negara dan telah banyak membuat kerosakan yang nyata terhadap nusa dan bangsa.

Justeru, Pembesar dari kalangan orang Melayu perlu lebih bijak dan tegas dalam mendepani cabaran di masa akan datang.

Menarik: Rancangan Jahat Paling Lama British :”Soft Genocide” Hapuskan Orang Melayu Bermula Sejak Tahun 1700

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker