Nak tunggu apa lagi! sampai begitu rakus Islam dihenyak dan Pijak, tetapi masih tidak ada sebarang tindakan wajar yang mampu dibuat oleh mana-mana bahagian pentadbiran kerajaan Perpaduan yang berkaitan. Adakah terlalu dayus kau wahai Pemimpin yang berkuasa! Apakah ini yang dikhabarkan”ibarat buih-buih dilautan”.
Untuk apa kuasa yang dipegang kalau sepatah kata pun tak mampu diucap apatah lagi tindakan untuk menghalang kezaliman pada agama Islam termasuk pihak yang menghalang Program Selawat baru-baru ini.
Selepas tular 1 Program Selawat yang dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Johor dibatalkan kerana dikatakan ada campurtangan politik.
Bergempita seluruh Jabatan Netizen dengan hentaman guruh dari pasukan perang “Division Najis” apabila unit peguamnya, Siti Kasim yang walaupun kalah teruk dalam PRU 15 lalu yang dengan pantas membuat mantera posting sinis di facebook miliknya demi mempertikai program selawat tersebut terhadap Jabatan Pendidikan.
Hanya menggunakan jampi serapah dengan halus meracuni pemikiran followers jahil:
Received this…. Apparently, JPN Johor melancarkan program sekolah berselawat dengan kempen mula sesi persekolahan setiap hari dengan selawat nariah, loceng pertukaran kelas ditukar kepada selawat jibril, dan loceng balik ditukar kepada selawat nariah. 🤔
Would be interested to know what our new Education Minister and HRH Sultan Johor say about this…🤔
Apalagi seusai gelanggang menggeji Islam itu dibuka, seperti biasa modusoperandinya maka berduyun-duyunlah lalat najis menghisap posting yang dicirit oleh Siti Kassim dari jamban pemikiran liberalnya yang hamis dan dengan rakus menghurung posting hanyir berbaur provokasi itu bagi bersama-sama bersatu-padu mengutuk dan mengeji serta memburukkan kesucian Islam walaupun tidak ada poin pun untuk berbuat demikian.
Kebiadapan puak liberal yang didalangi dan dijalangi oleh aura puaka Siti Kasim ini jelas menunjukkan sikap Islamophobia yang sangat kritikal dan sudah sepatutnya dibuat pembasmian nyah toksid.
Bukan itu saja, Siti Kasim secara bersahaja dan selamba memerli Institusi Kesultanan Johor dengan berani kerana merasakan pengetahuan undang-undang yang dimiliki dirinya sudah cukup luas dan buas atau mungkin menyangka bahawa Institusi di Raja tidak akan mampu berbuat apa-apa dan tidak berkaitan pun dalam isu ini.
Walaupun, Siti Kassim dan para penyokongnya mungkin terlupa hal ehwal agama Islam berada di bawah bidang kuasa dan penjagaan Institusi di Raja yang mempunyai Majlis Raja-Raja sebagai pemelihara tertinggi bagi agama Islam di negara ini.
Eloklah dipost juga sebagai rujukan mereka iaitu;
Perkara 3 (1) Perlembagaan mem
Perlu diingatkan juga Negara kita mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
Walaupun, Siti Kassim dikatakan antara perserta yang tidak pernah hadir ujibakat Maharaja Lawak Mega namun beliau boleh diandaikan antara makhluk yang bijak membuat ‘humor’ dan satira serta anekdot agar Islam itu dipandang sinis, lekeh dan dapat menjadi bahan tawa dan ditertawakan oleh kafir harbi yang sudah terbiasa hidup dalam kejahilan.
Tanpa mempedulikan siapa yang berdiri dibelakang dan menjaga Agama Islam itu sendiri mereka sangat galak memberi komen bernada sinis.
Benarlah perpatah ibarat gunting dalam lipatan kerana yang sebenar-benar menjadi musuh Islam itu adalah dikalangan manusia munafik dan hipokrit yang bertopengkan kemanusiaan, apatah lagi mengaku diri Islam yang hanya menggunakan sudut pandangan akal semata-mata. Musuh dalam selimut inilah sepatutnya diperangi dahulu sebelum musuh yang nyata.
Kerana bau hamis dari golongan inilah yang selalu memancing aura negatif makhluk buas lainnya untuk bertindak liar.
Apakah Kerajaan Perpaduan Hanya Mahir dan Mampu Keluarkan Alasan, Bertindak Jauh Sekali
Ini boleh juga digambarkan bahawa Topeng Anonymous Hitam Putih yang dipakai Kerajaan Pakatan Harapan 22 bulan lalu kini telah ditanggalkan dan di “recycle” semula oleh Kerajaan Perpaduan. Gerakan Red Bean Army (RBA) yang di danai oleh DAP juga telah dikerahkan untuk menyambung kerja-kerja fitnah yang tertangguh kerana merasakan begitu mendominasi kuasa.
Kalau kita lihat, walaupun Program Selawat yang tidak mengganggu sesi belajar dan tak melibatkan sekolah-sekolah Cina dan India pun turut mahu dipertikai apatah lagi lain-lain program yang mungkin bersangkutan.
Jadi di mana kredibiliti Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang baru bersumpah taat setia bagai di parlimen untuk berkhidmat. Takkan nak jadi macam bekas Menteri Pendidikan PH 1.0 yang dibuli dengan timbalan menterinya yang terlebih sudu dari kuah.
Diharapkan, Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mempertahankan isu yang berkaitan Agama Islam. Benda yang elok sepatutnya disokong bukannya dibatalkan. Janganlah hanya kerana berada dikalangan “pemangsa” diri merasa kerdil pula hingga tergamak menidakkan yang benar dan membiarkan yang batil begitu saja. Ingat hari pertama berkhidmat setelah sumpah dilafaz!
Seluruh Rakyat Malaysia juga menyokong program yang dirancangkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor Tuan Haji Md Said Md Daimon & Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tidak ada apa-apa bantahan kecuali minoriti yang sakit dan berpenyakit itu saja. Mode: Rawatlah.
Sekiranya, sesuatu tindakan dikenakan ke atas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor maka seluruh umat Islam Malaysia pasti akan tampil dan bersuara. Mode:Bertindak
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia, yang di bawah lingkaran payung mahkota Baginda SAW:
Raja-Raja Melayu diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pula merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Keprihatinan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam isu-isu agama Islam di negara ini menunjukkan bahawa kesucian Islam di negara ini masih terjaga rapi dan keamanan negara juga berada pada tahap yang sangat baik. Mengapa hendak digugat kestabilan dan keamanan itu?
Maka janganlah sampai Tuanku mula menzahirkan kemurkaan baginda dan ketika itu percayalah tidak ada lagi yang mampu menyelamatkan anda dari menerima bencana dan malapetaka.
Justeru, buat Siti Kasim dan seangkatannya, jangan dijolok sarang tebuan apatah lagi membangunkan harimau yang sedang tidur.
Tidak ada yang mengganggu dan mencari tahu apakah agama yang kamu ingin anuti, maka anutilah mana-mana agama sesuai dengan selera dan kehendak nafsu sendiri. Kerana syurga neraka itu ada ditangan sendiri, jangan pernah menyalahkan takdir.
Cubalah hidup dengan cara manusia yang bertamadun kalau hidup beragama itu menjadi beban pada diri sendiri apatah lagi menjadi asbab dan pengaruh buruk kepada orang lain. Itu hanyalah ciri-ciri manusia yang celaka.
Kalau ilmu panjang sejengkal lautan dalam jangan pernah diduga, kelak nanti yang lemas hanyalah kamu sendiri yang terhempas hidup ke dalam neraka dunia dan akhirat selama-lamanya. Guy, berhentilah membuat onar!