Isu Semasa

Naim Daniel Dikecam Kumpulan LGBT, Panas Punggung Disindir ‘Adam & Haikal’

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan. Bukan Adam dan Haikal.”

Itu respon penyanyi tempatan, Naim Daniel yang tidak bersetuju dengan sebuah video yang tular di Twitter berhubung desakan seorang pendukung LGBT.

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit bukan hanya pergunakan nama Islam malah mendesak agar kumpulan LGBT diterima demi masa depan negara yang lebih maju.

Akibat Tweet Naim Daniel, ramai pendukung kumpulan LGBT panas punggung dan tidak mengambil iktibar kisah kaum Nabi Luth AS yang dilaknat Allah SWT.

Malah, mereka langsung tiada segan silu memfitnah dengan mengatakan Allah SWT yang mencipta mereka dengan nafsu sedemikian dan mereka langsung tidak memintanya.

Apa Kata Al-Quran & Hadis?

Sedangkan cukup jelas firman-Nya pada Surah al-A’raf ayat 80 hingga 84 yang bermaksud:

“Dan Nabi Lut (juga Kami utuskan). Ingatlah tatkala dia berkata kepada kaumnya, ‘Patutkah kamu melakukan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.

“Dan tiada jawapan oleh kaumnya melainkan mereka berkata, ‘Usirlah mereka (Nabi Lut dan pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini sesungguhnya mereka adalah orang yang (mendakwa) mensucikan diri.

“Maka Kami selamatkan dia dan ahlinya (keluarganya dan pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia tergolong dalam orang yang dibinasakan.

“Dan Kami menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah bagaimana akibat orang yang melakukan kesalahan.

Daripada Saidina Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW pula bersabda:

“Empat jenis manusia dimurkai Allah pada waktu pagi dan dikutuk Allah pada waktu petang.”

Aku bertanya: ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?’

Baginda menjawab: ‘Orang lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, orang yang melepaskan nafsu pada binatang dan orang yang datang kepada lelaki (homoseksual).'” Hadis Riwayat al-Baihaqi

Tiada Agama Iktiraf Kaum LGBT

Hatta dalam Genesis pun bercerita tentang kisah yang sama iaitu soal Nabi Luth AS yang dipanggil sebagai Lot dan kehancuran kaum Sodom dan Gomora akibat perbuatan zina yang melampau.

 

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button