Umum mengetahui Nabi Adam As dan Hawa merupakan datuk nenek moyang kepada umat manusia dari dahulu sehingga kini.
Dari syurga, Nabi Adam As diturunkan ke bumi dan ada yang mendakwa tempat pertama Nabi Adam diturunkan adalah di wilayah al-Hind.
Menariknya tentang al-Hind, ada hadis yang merakamkan bahawa selepas Nabi Adam As diturunkan, pokok-pokok di al-Hin terlekat bau wangi syurga.
Maka setelah beberapa kajian dibuat, pokok-pokok yang berbau wangi asalnya cuma berada di Asia Tenggara sebelum dibawa keluar ke benua lain.
Jika bercakap tentang Asia Tengara pula, lihat sahaja pada Malaysia, tanah di negara ini mampu menegakkan pokok gaharu, cendana, barus, kijal dan sebagainya.
Dalam kisah lain pula pada kurun ke-6 Masihi, Raja al-Hind pernah menghadiahkan halwa halia kepada Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda.
Peristiwa ini membuktikan salah satu kawasan di Asia Tenggara di bawah pemerintahan Raja al-Hind sudah ada hubungan diplomatik dengan dunia Islam.
Kalau ditanya kepada penduduk di Asia Tenggara ini, orang-orang dari bangsa mana yang gemar serta ada kemahiran membuat halwa halia?
Berdasarkan rakaman pendapatan ini, ia membuktikan al-Hin tiada kena mengena dengan fahaman Hindu yang berkembang pada 1934.
Mungkin ramai tidak tahu pada 1934, pihak British yang menjajah India membuat satu kesimpulan kesemua agama yang diamalkan di India dipanggil sebagai Hindu.
Sedangkan sejarah awal pembangunan Lembah Indus adalah dibangunkan oleh orang-orang Arya dan agama selepas itu cuma berasaskan sanata dharma.
Sebab itulah orang-orang Hindu di Bali, Indonesia menegaskan mereka cuma sembah samyang widi sebalik orang-orang India membuat pemujaan.
Sembah dan puja memberikan maksud yang cukup berbeza baik dari segi perkataan mahu pun tindakan dan sehingga hari ini, masih banyak rahsia yang tak terungkap!