Agama

Musuh Islam Senang Hati Bila Orang Islam Sambut Baik Rancangan Nak Pisahkan Mereka

Musuh Islam ternyata sedang meraikan kejayaan mereka apabila rancangan mereka nak pecah-belahkan orang Islam disambut dengan baik. 

Mana taknya segala  pemikiran logik akal mereka seperti liberalisme, kebebasan hak asasi manusia dan macam-macam lagi, telah diraikan oleh orang Islam sendiri.

Sebagai contoh, liberalisme anggap Islam itu kuno, tak sesuai untuk Malaysia, inilah pandangan puak-puak Islam liberal di Malaysia dan mereka inilah mahu bertuhankan akal semata-mata tanpa melibatkan tuhan dari sistem hidup mereka.

Fahaman ini mahukan hak individu dikukuhkan. Agama tidak perlu campur tangan sehingga tertubuhnya LGBT dan sebagainya.

Kalau tak ‘open minded‘ tak moden katanya.

Liberal ini menggunakan aqliah semata-mata. Mereka terlalu mengagungkan akal sehingga boleh menyeru kepada kebebasan berfikir.

Apa yang logik perlu diterima sedangkan banyak perkara hak yang tidak boleh diterima secara logik kerana akal ini ada batasannya.

Mereka juga memperjuangkan hak asasi manusia tanpa perlu melalui proses perundangan. Mereka mengatakan al-Quran tidak sesuai pada zaman ini dan perlu ditafsirkan semula.

Mereka juga mengatakan bahawa nabi itu diutuskan hanya kepada bangsa Arab semata-mata dan bukan kepada semua bangsa manusia.

Jadi, mereka mentafsir al-Quran dan hadis berdasarkan akal semata-mata sehingga mereka memperjuangkan hak individu untuk dibolehkan murtad kerana itu merupakan hak individu sehingga menganggap agama itu sebagai budaya dan sehingga boleh menjadi kepada fahaman sekularisme dan melawan syariat.

Aqidah liberal akan menuju kepada fahaman pluralisme agama. Pluralisme agama adalah menggagap bahawa semua agama adalah benar dan masuk syurga.

Ini merupakan fahaman baru pada masa sekarang. Salah satunya ialah Milah Abraham.

Ini merupakan satu fahaman yang meliberalkan Islam. Wahyu itu dikatakan ditulis oleh orang-orang Arab sahaja.

Zaman sekarang memang wujud nama-nama yang memperjuangkan liberal ini sehingga ilmu Islam seperti tauhid, fiqh, tasawuf dikatakan ilmu buatan manusia dan bukan daripada wahyu Allah SWT sedangkan kita ketahui bahawa 3 elemen penting ini iaitu tauhid, fiqh, syariat dan tasawuf, atau akhlak daripada hadis Jibril itu.

Jadi, dari sudut Islam liberal, hukum itu boleh berubah-ubah.

Fahaman ini memang wujud di Malaysia seperti sabda Nabi SAW. 

Selain daripada liberalisme, ada lagi ancaman lain yang boleh mengundang ketidaktenteraman agama dalam negara kita dan seterusnya memecahbelahkan umat Islam seluruh dunia.

Sebenarnya semua perpecahan fahaman agama Islam ini merupakan suatu perancangan daripada musuh-musuh Islam yang tidak mahu seluruh umat Islam bersatu padu seterusnya melawan mereka.

Namun apa yang sedihnya, ramai yang termakan dengan doktrin-doktrin mereka ini hanya kerana mahu hidup bebas tanpa terikat dengan apa-apa batasan.

Ramai umat Islam kini juga memisahkan kehidupan mereka daripada agama walhal Islam itu sendiri adalah cara hidup untuk umat manusia supaya mereka hidup aman damai.

Antara yang lain ialah Wahabi dan Syiah.

Kalau nak kenal Wahabi boleh baca Cara Nak Kenal Wahabi, Semua Orang Wajib Tahu!

Kalau nak tau siapa puak Syiah, boleh baca Pernah Dengar Nama Syiah, Tapi Tahu Ke Tidak Siapa Syiah Tu?

Untuk artikel penuh, boleh baca Kerosakan Akiah & Perpaduan Ummah: Apa Puncanya?

Kalau malas baca boleh tonton video di sini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru