Tak hensem tak apa janji aqidah kukuh, baru betul!
Boleh dikatakan ramai generasi masa kini walaupun Islam tetapi masih keliru atau lebih teruk langsung tak kenal Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Kalau kita tanya pun confirm ada yang tidak boleh jawab. Harap muka saja hensem, Tapi erm…
Kalau handphone tiap bulan boleh kita update tanpa disuruh inikan pula pengetahuan pegangan akidah Islam kita.
Takkan pengetahuan tentang Islam dari darjah satu sampai masuk universiti sama jer, flat bar, sampai tak ada yang bertambah.
Takkan tak di upgrade ke next level kot.
Ini bukan soal minat atau tak minat. Ini soal aqidah dan Iman pegangan hidup kita.
Jadi, suka ataupun tak sedikit sebanyak kita kena ambil tahu kerana ini adalah sangat penting dan merupakan asas keselamatan hidup.
Insya Allah kita akan berada di atas jalan yang terang dan luas dalam memahami agama Islam.
Baik, jom subscribe!
Secara umum, makna Ahlul Sunnah Wal Jamaah, pertama Ahlul itu bermaksud ahli.
Dalam bahasa Arab mempunyai 3 makna, pertama pemilik, kedua orang yang layak dan ketiga maknanya penduduk.
Sunnah itu, ada banyak maksud dari segi fekah, iaitu perkataan(Qaul), perbuatan (fi`il) dan perakuan Rasulullah SAW.
Ulama hadis menambah Sunnah itu juga beserta sifat-sifat fizikal dan akhlak Rasulullah SAW.
Dari Ibn Hajar al-Asqalani “Jamaah” pula merujuk kepada jamaah Rasul bersama Para Sahabat, Tabi‘in dan Tabi’ut Tabi‘in.
Secara mudahnya ASWJ ialah Orang Islam mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan Nabi SAW melalui Ulama Salaf dan Khalaf.
Para Salaf itu terdiri dari para Sahabat Tabi‘in, Tabi’ut Tabi‘in dan kemudian diwarisi oleh para Ulama Khalaf sampailah kepada kita hari ini.
Boleh faham, jom kita lanjutkan…
Salaf dan Khalaf secara tahkik perbezaannya hanya hal keadaan masa dan hal keadaan masyarakat yang berubah disebabkan tempoh jarak masa ataupun peredaran zaman.
Misalnya jarak Imam Syafie (Salaf) wafat 204 Hijrah sampai kepada Imam Nawawi (Khalaf) wafat 676 Hijrah.
Beza cuma pada masa tetapi aqidah mereka sama.
Madrasah besar manhaj akidah ASWJ merangkum tiga mazhab utama, iaitu
Asha‘irah (bernisbahkan Imam al-Ash‘ari), Maturidiyyah (bernisbahkan Imam al-Maturidi) dan Hanabilah (bernisbah kan Imam Ahmad b. Handal).
Sebahagian ulama meletakkan Sufiyah juga sebagai manhaj aqidah kerana bersifat lebih advance dari segi Naqli (Ukhrawi) dan Aqli (Duniawi).
ASWJ ini terdiri daripada Ulama Tauhid, Ulama Fekah, Ulama Hadis, Ulama Bahasa Arab, Ulama Al Quran, Ulama Tasawuf, Ulama Para Mujahidin, pemimpin dan umat Islam keseluruhannya.
Mereka saling hormat menghormati dan tidak akan kafir mengkafir serta sesat menyesatkan.
Kalau kita tengok ada dua golongan yang saling sesat menyesatkan kebarangkaliannya salah satu bukan ASWJ ataupun kedua-dua bukan ASWJ.
ASWJ sangat cermat, berkhemah dan tertib.
ASWJ berlapang dada dalam perkara khilafiah dan mereka tidak mengharuskan pemberontakan bersenjata kepada pemimpin Islam dan umat Islam.
Hak kita dalam berdakwah hanyalah menggunakan lidah dan tidak dibenarkan menumpahkan darah umat Islam.
Nak kenal ASWJ ini senang saja.
Antara tanda-tanda AWSJ ini yang menariknya mereka banyak berselawat dengan rasa cinta yang tinggi kepada Rasulullah SAW.
Berbeza dengan ajaran sesat mereka lebih gemar menonjolkan atau mengangkat pemimpin atau pengasas mereka berbanding Rasulullah SAW.
Jadi mudah nak kenal golongan terkeluar dari ASWJ ni, mereka gemar menghebatkan pemimpin mereka, tidak menghebatkan Rasulullah SAW.
Jadi kita sudah tahu, kenapa dikalangan ahli bid’ah tidak ada yang terkenal ataupun masyhur dengan memperbanyakkan selawat.
Tidak ada! Kenapa? Sudah ada jawapan kan.
Jadi marilah kita memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW, jika kita benar-benar pengikut ASWJ yang sejati, barulah hensem.