Seorang Alim yang sudahpun lanjut usianya telah ditanya oleh seseorang.
Apakah yang beliau dapat pelajari daripada usianya yang telahpun berlalu ?
Maka beliau pun menjawab :
– Aku telah belajar…
Bahawa Duniawi Palsu ini hanyalah sementara sahaja, yang mana kita tetap akan meninggalkannya.
– Aku telah belajar…
Bahawa orang-orang yang telah dizalimi itu lambat laun akan mendapatkan haknya juga.
– Aku telah belajar…
Bahawa anak panah malam (Doa dan Tahajjud) tidak akan pernah tersasar daripada sasarannya.
– Aku telah belajar…
Bahawa kehidupan ini akan tamat pada bila-bila masa sahaja, walaupun ketika didalam keadaan sedar mahupun lalai.
– Aku telah belajar…
Bahawa kata-kata yang baik, wajah yang ceria dan sifat pemurah itu adalah kemuliaan seseorang.
– Aku telah belajar…
Bahawa orang-orang yang paling kaya di dunia ini hakikatnya adalah yang memiliki kemulian dan kemurahan hati, kesihatan yang baik dan keamanan hidup.
– Aku telah belajar…
Bahawa usia tetap akan habis, tetapi urusan duniawi ini tidak akan pernah berhenti.
– Aku telah belajar…
Bahawa sesiapapun yang mahu kata-katanya didengari, maka perlulah dia bersedia untuk menjadi pendengar yang setia.
– Aku telah belajar…
Bahawa bermusafir dengan orang-orang lain itu adalah pengukur paling tepat erti kemanusiaan.
– Aku telah belajar…
Bahawa orang-orang yang sering berkata : (Akulah… Akulah…) sebenarnya kosong daripada dalam.
– Aku telah belajar…
Bahawa emas tetap akan kekal sebagai emas, manakala besi pula akan berubah dan berkarat.
– Aku telah belajar…
Bahawa kesemua umat manusia yang telah mati, hakikatnya mempunyai agenda dan perancangannya tersendiri yang tidak sempat dilaksanakan.
– Aku telah belajar…
Bahawa kita seringkali mengemaskan katil dan menyejukkan ruang bilik untuk menikmati ‘Mati Kecil’.
Namun, sudahkah kita mengemaskan Amalan kita dan menyejukkan Kubur kita dengan KETAATAN kepada Allah SWT untuk Menikmati ‘Mati Besar’ ?
Berkata seorang yang Soleh :
“Aku hairan kepada umat manusia yang sering memikirkan tentang makanan yang boleh mendatangkan penyakit, tetapi tidak pernah pula memikirkan tentang dosa-dosa yang boleh menghumbannya kedalam api neraka…”
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com