Jika sesiapa yang mengkaji tentang biografi Muhammad bin Abdul Wahab, mereka akan menyedari suatu perkara dahsyat tentang personaliti kontroversi ini.
Mana tidaknya, Muhammad Ibn Abdul Wahab ini seakan-akan mahu menyamakan dirinya sebagai Nabi Muhammad s.a.w malah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa dia menganggap dirinya lebih baik daripada baginda.
Perkara ini ditulis oleh
Nama pun sudah sama, maka bibit-bibit perasan ini mula menebal dalam diri Muhammad bin Abdul Wahab.
Menghina Nabi Muhammad s.a.w
Dalam beberapa kitab telah menjelaskan bahawa dia telah menyifatkan Nabi Muhammad s.a.w dengan sifat-sifat yang tidak selayaknya.
Sebagai contoh, dia telah menyamakan baginda dengan penghantar surat di mana selepas surat dihantar penghantar surat itu akan berlalu pergi tanpa meninggalkan apa-apa manfaat.
Selain itu, pengikutnya juga turut menghina Nabi di mana mereka mengatakan sebatang tongkat lebih berfaedah daripada Muhammad yang telah meninggal dunia itu kerana sewaktu dia menyuruh seekor unta untuk berdiri dengan mengatakan “Demi Rasullah, berdirilah” namun unta tersebut tidak berdiri.
Namun setelah dipukulnya unta tersebut dengan sebatang tongkat lalu unta itu berdiri. Lalu dikatakan olehnya, “Bukankah aku telah sudah katakan tongkat ini lebih berguna daripada Rasullah”.
Menerima ‘Wahyu’ daripada Allah
Selain menganggap dirinya lebih mulia daripada Muhammad s.a.w., dia juga seolah-olah mengatakan bahawa sebelum dirinya mendapat ‘ilham atau wahyu’ daripada Allah, orang Islam sebelum itu tidak benar-benar Islam.
Perkara ini diakui sendiri oleh Muhammad Abdul Wahab, katanya:
“Daripada Muhammad bin Abdul Wahab, kepada sesiapa yang sampai kepadanya risalah ini kepada kaum Muslimin. Aku memberitahu kepada kamu tentang diriku. Aku tidak tahu makna Lailahaillallah dan aku tidak tahu makna agama Islam. Sebelum kebaikan yang Allah berikan kepadaku. Begitu juga dengan para guruku, mereka pun tidak tahu makna Lailahaillallah. Tidak ada satu orang pun lelaki dalam kalangan guru-guruku yang mengetahui makna Lailahaillallah.” (ibnu Ghannam, Tarikh Najd hal. 310).
Melalui penyataan ini, dia mengakui bahawa sebelum menjadi seorang teologi Wahabi, dia sendiri tidak mengetahui makna kalimat Lailahaillallah.
Tambahnya, dia tidak mengetahui akan sebenar Islam dan begitu juga dengan guru-guru dan ulama-ulama yang mengikutinya serta mengakui bahawa mendapat wahyu daripada Allah tentang makna sebenar kalimat itu secara langsung daripada Allah.
Jadi, Abdul Wahab secara tidak langsung mahu mengatakan beliau ini setaraf dengan nabi-nabi yang lain di mana Allah telah mengirimkan wahyu kepadanya tanpa ada pengantara.
Kenyataan dia juga mahu menjelaskan bahawa Muhammad bin Abdul Wahhab telah mengkafirkan guru-gurunya, semua ulama dan dirinya sendiri sebelum wujudnya pemahaman Wahabi.
Selain daripada itu, di dalam ajarannya juga adalah telah mengkafirkan orang-orang Islam yang lain yang tidak sealiran dengan ajarannya dan menghalalkan darah mereka untuk dibunuh.
Adakah Muhammad bin Abdul Wahab ini disanjung?
Berdasarkan sejarah, para ulama telah menulis pelbagai risalah bagi menolak pandangan wahabi yang diperkenalkan Muhammad bin Abdul Wahab termasuklah saudara kandungnya sendiri, Syeikh Sulaiman.
Malah gurunya turut memfirasatkan bahawa Muhammad bin Abdul Wahab serta dakyahnya yang sesat itu sebagai satu ancaman dan ia benar-benar sedang terjadi pada zaman gurunya sehingga zaman kini.
Malah di Malaysia sekali pun, apabila penerangan mengenai wahabi diceritakan kepada umum, Muhammad bin Abdul Wahab dipertahankan siap dengan jenama ulama serta syeikh.
Sesiapa yang tidak bersetuju dan menolak fahaman Muhammad bin Abdul Wahab pula yang akan dituduh sesat, capaliyun, kuburiyun dan sebagainya yang merujuk kepada penyembah selain Allah SWT.
Sedangkan umat Islam menerusi manhaj ahli sunnah wal jamaah mengucap dua kalimah syahadah yang jelas tiada Tuhan berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Sambungan >> Muhammad Abdul Wahab Anggap Diri Setaraf Rasulullah S.A.W. Bahagian 2
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!