Berhijrah ke daerah lain dan mengumpulkan Ikhwan untuk berperang di Ghazwah
Muhammad Abdul Wahab mula membuat dakyah-dakyahnya setelah kematian ayahnya. Ayahnya meninggal dunia pada 1153 Hijrah, iaitu ketika dia berumur 38 tahun.
Semasa ayahnya masih hidup, dia tidak berani untuk menyebarkan ajarannya kerana ketegasan ayahnya dalam perihal-perihal agama dan ayahnya menyedari tentang banyaknya rasa ingin tahu anaknya itu sehinggakan mahu mencipta pemahamannya yang tersendiri.
Jadi kerana itu, ayahnya sentiasa mengawasi gerak-geri anaknya itu supaya Muhammad tidak menyebarkan ideologinya kepada orang ramai.
Selepas ayahnya meninggal dunia, barulah dia berani untuk menzahirkan kefahamannya yang berteraskan ajaran daripada Ibn Taimiyyah.
Oleh kerana di kawasan kampungnya itu begitu kuta pegangannya kepada mazhab Hanafi, maka ideologinya dianggap pelik dan tidak sealiran dengan manhaj di kampung itu maka, dia dihalau.
Apabila dihalau, dia lari ke beberapa tempat, akhirnya pergi ke Dar‘iyyah, iaitu tempat Muhammad bin Sa‘ud berada, iaitu pada tahun 1158 Hijrah.
Dia merasakan seolah-olah dia seperti Nabi SAW, dihalau dari Makkah, berhijrah ke Madinah.
Apabila orang berhijrah dari Uyainah ke Dar‘iyyah (kerajaan Bani Saud), maka semakin ramai pengikut Wahabi dan terbentuklah tentera Wahabi yang dinamakan Jaisyu Ikhwan yang diambil ilham daripada tentera Jaisyu Sahabah.
Muhammad Abdul Wahab juga telah diberikan gelaran Ahlul Sheikh selepas berkahwin dengan anak perempuan Bani Saud.
Apabila tentera mereka telah pergi ke Dar‘iyyah, mereka mula menyerang dan menamakan peperangan itu sebagai Ghazwah juga (nama yang khas diberikan kepada perang-perang yang diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w) dan bukannya ma’rakah (nama-nama perang selain daripada Nabi Muhammad s.a.w).
Bukti-bukti lain
Mereka menulis dalam kitab-kitab sejarah bahawa mereka adalah golongan Muwahidun, ahli-ahli tauhid dan umat Islam yang tidak sealiran dengan mereka halal untuk dibunuh dinamakan sebagai Musyrikin.
Kemudian, Muhammad bin Abdul Wahab juga menghantar surat ke Turki Uthmaniyah tetapi sama seperti yang dihantar oleh Rasulullah SAW kepada orang bukan Islam.
Sehinggakan ulama mengatakan, “Adakah Muhammad bin Abdul Wahab nabi sehingga dia mampu menyeru orang kepada tauhid?”
Oleh sebab dia hendak membawa naratif bahawa syirik telah kembali ke Makkah, Madinah dan negara-negara Islam, maka dia perlu membawa satu konsep tauhid yang berbeza daripada apa yang dipegang oleh majoriti umat Islam.
Mereka perlu membawa konsep tauhid dan syirik yang berbeza daripada apa yang dipegang oleh umat Islam.
Namun, jika kita melihat kepada situasi di Arab Saudi kini, mereka tidak ‘sekeras’ dahulu dan sedang menuju ke arah liberalisme.
Setelah Arab Saudi di bawah pemerintahan Tengku Mahkota Salman selaku perdana menteri, baginda telah banyak melakukan perubahan ‘liberal’ atas dasar tidak mahu Arab Saudi dilihat sebagai ‘sempit’ dan ‘tidak terbuka’.
Maka dengan itu, secara tidak langsung juga, ajaran Wahabi ini sedang melalui suatu proses perubahan yang dinamakan sebagai Neo-Wahabi.
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!